Assalamualaikum Dan Selamat Petang..
Hai reader semua... Anda wanita dan makeup memang tidak dapat dipisahkan.. Nak-nak Cik Fatin yang memang ambik ambik kosmetologi dia memang kena ada alat makeup yang advancelah supaya mudah nak belajar nanti.
Sebagai Ibu, tak sampai hatikan.. tetap nak memenuhi keperluan anak cuba untuk memenuhi keperluan dan permintaannya.
PENCARIAN BEG MAKEUP DI SENDHORA KOSMETIK
Masa Cik Fatin daftar dekat sekolah awal tahun hari tu, memang ada dapat set beg makeup dan peralatan makeup semua kos dalam RM 200+ jugalah. Tapi makin lama, makin bertambah koleksi makeup yang di beli membuatkan beg yang sediaada tak muat untuk isi koleksi makeup yang ada.
Beg make up yang Cik Fatin dapat tu sama macam saiz beg yang dekat bawah ni! Beg make up ni memang sangat best sebab ada kompokmen didalamnya. Mudah untuk susun dan isi peralatan make up, boleh susun ikut jenis make up yang anda ada, memang menarik sangat.
Beg Make up
Sesi memujuk dari hari ke hari untuk upgrade beg make up tu. Bonde pon dalam senyap-senyap buat survey dekat facebook dan online shopping lazada, shopee, nile dan 11street untuk dapatkan harga yang murah. kebetulan masa tu Bos kat tempat kerja ada buat trip ke Vietnam minta dia surveykan beg makeup dekat sana. Tapi kecewa beg makeup yang sama, harga hampir mencecah RM 250.00 tak jadi nak beli. Terus cancel order sedih!
Pencarian tidak terhenti disitu, terus mencari dan mencari... terjumpa page facebook Sendhora Kosmetik terus Bonde senyum riang... sebab apa yang dicari dah jumpa! lepas tu harga pula tak adalah mahal sangat, mampu milik.
Sesi membuat pilihan pon bermula...
Beg Make up Bertingkat Jenis Besi
Cik Fatin macam berminat dengan beg make up yang ini, akan tertapi bila dipikirkan macam tak muat nak letak dekat locker dia tak jadi ambik. Beg make up yang ni memang banyak pilihan dia. Bonde tengok pon tergoda tapi tahan nafsu. Bukan banyak sangat pon make up yang ada ha ha ha
Beg Make up Bertingkat Jenis Kain
Beg Make up pilihan Cik Fatin
Cik Fatin ambik design yang sama macam yang dia ada sekarang cuma upgrade saiz sahaja. Mudah nak bawak ke kelas katanya dengan mudah nak simpan dalam locker. ( tapi dia kata dia nak beli sendiri yang jenis bertingkat tu nanti ) Bonde kata ok... kumpullah duit nanti.
Yang Cik Fatin ambik ni harganya RM 70.00 memang murah beli dekat sini, dari beli dekat pasaran.
Dekat Sendhora Kosmetik ni memang ramai datang beli alat make up dekat sini dengan harga borong memang murah kerana syaratnya kena beli banyaklah , baru dapat harga borong baru berbaloi, sesuai pada yang suka jual alat make up.
Selain orang awam, pelajar kosmetologi memang ramai membeli alat make up dekat sini.
Selesai bab beg make up,
Eh Cik Fatin nak tambah make up lagi, baiklah pilihlah apa yang nak sementara belum balik ni.
Dipilih-dipilih....
Eh..eh ambik order kawan-kawan pulak... nak meniaga ke tu?
Sebenarnya Bonde pon jatuh tergoda juga dengan make up-make up yang ada dekat Sendhora Kosmetik nih!
Borong Shooting Gel ni...
Oklah bakul dah penuh nak balik dah... Total berbelanja dekat sini termasuk beg make up , make up Cik Fatin dan barang pesanan kawannya RM 180.00
Untuk keterangan lanjut dan sebarang promosi anda bolehlah klik ke link dibawah ni..

~ Bonde Senyum Riang ~