CARA NAK BUAT NASI ULAM Assalamualaikum Dan Selamat Petang selesai beraya di Puchong lepas magrib Bonde balik ke Kampung Bonde di Sungai Pelek, dekat sana kami berkumpul enam beradik alhamdulillah kali ini kami dapat berkumpul bersama keluarga masing-masing di hari raya Aidil Adha. Bukan senang nak berkumpul adik beradik memandangkan masing-masing telah mempunyai keluarga sendiri. Kadang rayapun tak sempat bersua muka masing-masing sibuk beraya di rumah mentua masing-masing dan Bonde pon kadang-kadang tak bercuti lama dihari raya CARA NAK BUAT NASI ULAM.
Bila balik kampung... memang suka sangat boleh lawat-lawat sekeliling rumah dan tengok hasil tanaman yang ada dekat tanah kebun belakang rumah . Paling seronok boleh petik dan makan semua hasil tanaman yang segar tu masa tu juga.
Sebelum ni, Bonde memang teringin nak makan nasi ulam, tak sangka dekat hadapan rumah Kak Long tanam pokok-pokok herba dan ulaman dalam pasu sahaja. Apa lagi kembang jer rasa jari-jari nak memetik ha ha ha.
CARA NAK BUAT NASI ULAM
RESEPI NASI ULAM
BAHAN-BAHAN NAK BUAT NASI ULAM :
Semua bahan yang ada ni, semua ambik dekat keliling rumah sahaja. Yang ada ialah :
- Daun Kunyit
- Ulam Raja
- Daun Kadok
- Daun Cekor
- Bunga Kantan
- Serai
- Cili Api
Semua bahan di atas dihiris halus.
BAHAN-BAHAN LAIN
Nasi yang telah dimasak disejukkan seketika.
1 ekor Ikan kembung goreng, buang tulang dan tumbuk dalam lesung
1 gengam udang kering rendam dan tumbuk dalam lesung
1 paket kerisik
- sedikit lada sudah
- sedikit lada hitam
Nasi yang telah disejukkan

Ikan kembung goreng dan udang kering
Ulam-ulaman yang telah dihiris dan di tabur lada sulah
Lada sulah dan lada hitam dan kerisik
CARA NAK BUAT NASI ULAM.
Sediakan mangkuk yang besar sedikit supaya proses nak gaul mudah dan senang, Masukkan nasi, kerisik, ikan kembung goreng dan ulam-ulaman dan gaul hingga sebati dan rata letakkan lada hitam jenama aji-sho (siap garam) tak perlu tambah garam lagi dan gaul-gaulkan sahaja.
Siap dihidangkan.. sedap dimakan begitu sahaja tak perlu tambah lauk lain.
Alhamdullillah sedap! nak buat lagi nanti.

~ Bonde Senyum Riang ~