RESEPI MASAK UDANG TEMPOYAK DAN PETAI Assalamualaikum Dan Selamat Malam... Hai reader semua, Sekarang ni sedang musim Durian, pergi mana-mana ada sahaja Durian, lepas tu harga durian pun sekarang ni tengan murah. Mana-mana #durianlover tu harus nikmati durian sekarang, Jangan lepaskan peluang rugi yang amat sangat! Bonde pon tidak melepaskan peluang untuk makan durian pada musim sekarang. Lihatlah wall Instagram dan facebook Bonde ada share makan durian! Kalau musim durian ni, memang ada jugalah musim tempoyak. Siapa sini suka makan tempoyak durian kita geng! Bonde kongsikan disini RESEPI MASAK UDANG TEMPOYAK DAN PETAI.
RESEPI MASAK UDANG TEMPOYAK DAN PETAI
Bahan-Bahan :
15 Ekor - Udang
4 sudu - tempoyak
200 gram - Petai (beli dah siap kopek dan belah dua)
1 labu - bawang besar (dihiris)
4 labu - bawang putih (dihiris)
1 helai - daun kunyit (dihiris)
1 batang - serai (dihiris)
4 sudu - cili api (siap dikisar)
1 sudu - serbuk kunyit
1 kotak kecil - santan M&S
Sedikit garam
Sedikit gula
Cara memasak :
Pertama sekali, masukkan semua bahan-bahan diatas.
masukkan - garam
masukkan - santan
Kacau semua bagi rata.
- set masa kepada 10 minit
- Lepas 10 minit akan ada bunyi 'bib' kedengaran menandakan Masak Undang Tempoyak dan Petai Sudah masak. "offkan pemasa" dan buka penutup kacau sekali lagi.. dan siap untuk dihidangkan!
5 PERKARA YANG MENJADIKAN PERIUK AMC PILIHAN BONDE:
1- AMC Malaysia memudahkan kerja-kerja memasak Bonde.
2- Bahan yang dimasak menggunakan Periuk AMC Malaysia adalah masak paling sempurna.
3- Kualiti kesegaran makanan kekal tidak teralu masak
4- Makanan yang dimasak masih mengandungi kuali dan zat makanan
5- Dapur Bonde tidak kotor kerana tidak ada masakan yang tepercik keluar.
Untuk maklumat lanjut tentang Set Dapur & Periuk AMC Malaysia anda bolehlah layari mediasosial AMC Malaysia yang berikut :
Instagram : amcmalaysia
Facebook : amcmalaysia

~ Bonde senyum riang ~