BIHUN PHILLIPS PRESSURE COOKER Assalamualaikum dan Selamat Petang... Pertama kali cuba masak Bihun dalam Phillips Pressure Cooker. Minggu lepas mood rajin nak cuba masak bihun dalam Phillips Pressure Cooker sebelum ni memang ada nampak post-post dari rakan tentang cara-cara masak ni dalam group pengguna PPS dekat FB cuma Bonde ni takut nak mencuba. Takut nanti masa nak makan bertukar menjadi mood sedih akibat bihun tidak boleh dimakan BIHUN PHILLIPS PRESSURE COOKER.
BIHUN PHILLIPS PRESSURE COOKER
Rupanya memang mudah sangat masak bihun guna Phillips Pressure Cooker, sebab apa Bonde kata mudah sebabnya... apabila kita gunakan PPS ni, bukan setakat ianya Boleh di buat kerja kita mudah, ianya boleh buat kerja lain.. Boleh tinggalkan masakan kita boleh pergi sidai kain dekat luar rumah... he he he boleh sempat membawang dengan jiran kalau mahu.. tapi Bonde tak buatlah membawang tu semua.. sebab banyak kerja lain nak buat lepas satu-satu kena buat dan bagi selesai, hujung minggu jer ada masa nak mengemas rumah he he he..
PPS ni sebelum ni, Bonde letak atas almari jarang gunakan dia.. lepas ni letak bawah jer.. sebab nak guna selalu... rugilah kalau ada tapi tak gunakan! kalau rosak sebab selalu guna tak apa puas hati.
Panjang pula intro Bonde... Nah resepi dan cara memasak Bihun mudah dengan Phillips Pressure Cooker.
BIHUN PHILLIPS PRESSURE COOKER
BAHAN-BAHAN :
1 Bungkus Bihun ( buka dan rendam sekejap)
200 gram daging ( hiris siap rebus dlm PPS )
3 biji telur
2 sudu serbuk cili
1 biji bawang (hiris)
4 ulas bawang putih (hiris)
2 biji cili merah (hiris)
sedikit minyak ( untuk menumis)
sedikit cukup rasa manggi
sedikit kicap
setengah cawan air
CARA MEMASAK :
Step Pertama : Tekan button bake
Untuk menumis semua bahan tumisan masukkan minyak terlebih dahulu, bawang putih, bawang merah, tumis hingga garing masukkan daging, masukan serbuk cili, masukkan cukup rasa maggi dan pecahkan telur didalamnya.. kacau rata.

Step kedua : Tekan Button Steam/Stew - Valve seal
Dan masukan bihun. masukkan air steam ambik masa 10-12 minit, bila dah bunyi beb tanda sudah masak. buka penutup masukkan kicap dan cili merah dan gaul rata. siap :)

P/S:
Memandangkan masih musim raya, Mana yang tak sempat nak memasak untuk tetamu tu bolehlah buat cara memasak guna Phillips Pressure Cooker. Anda boleh hidangkan untuk tetamu bertandang ke rumah juga.
Selamat Mencuba!

~ Bonde Senyum Riang ~