MENIKMATI SEAFOOD LAMBAK DI AN-NUR'S KITCHEN AYER@8, PUTRAJAYA Assalamualaikum Dan Selamat Pagi... Hai reader semua.
Masih teringat Ahad lepas Bonde dan Rakan blogger sempat menghadiri Mini Gathering di An-Nur's Kitchen yang terletak di Ayer 8, Putrajaya. Kalau kami sudah berjumpa memang 'havoc'lah satu restoran dengan suara kami semua. Memang tak disangka, Bonde dapat 'join' Mini Gathering pertama ini, sambil dapat makan menu sedap-sedap dekat An-Nur's Kitchen.
MENIKMATI SEAFOOD LAMBAK DI AN-NUR'S KITCHEN AYER@8, PUTRAJAYA
Sejak join GSL Warrior ni, banyak tempat makan sedap Bonde dapat terjah... Maklumlah dalam group ni, ahlinya memang semua "kaki makan" tu yang seronoknya. Sebelum ni tak tahu pon ada tempat makan sedap macam ni, rupanya, dekat jer dengan pejabat dan tempat tinggal. Ahli Group GSL Warrior ini, banyak beri info dan kongsikan dengan Bonde. (Thanks GSL Warrior)
Haaaa, anda mesti tak sabar-sabar nak tahu apa menu menarik yang Bonde makan dengan GSL Warriorkan!
INFO AN-NUR'S KITCHEN
An-Nurs Kitchen adalah sebuah Restoran yang terletak di Ayer@8, Putrajaya... Senang sahaja nak nak cari An-Nur's Kitchen ni. Makanan yang terdapat disini ialah Masakan Ala Thai, Westren food dan Seafood Lambak.
Bonde memang peminat seafood tegar, sudah tentu Bondelah yang paling beria makan keh keh keh.. #seafoodlover.
MENU ISTIMEWA AN-NUR'S SEAFOOD KITCHEN
LOBSTER
SEAFOOD LAMBAK
Untuk seafood lambak ada 4 jenis set yang hidangkan mengikut jumlah kepala. Dengan 5 perisa iaitu 3 Rasa, Butter Milk, Pedas, Curry dan Masam Manis.
1. Seafod Redang - Set untuk 2 orang makan
2. Seafood Tioman - Set untuk 3-4 orang makan
4. Seafood Pangkor - Set untuk 5-6 orang makan
5. Seafood Langkawi - Set untuk 8-10 orang makan
MENU ALA THAI
SIAKAP 3 RASA
TOM YAM SEAFOOD
BROKOLI UDANG
AYAM KARI THAI
SOTONG GORENG TEPUNG
UDANG GALAH BUTTER MILK
OMELETTE MUSHROOM
UDANG TELUR MASIN
DAGING PAD PED GAENG
WESTREN FOOD
SPAGHETTI CARBONARA
SIZLING LAMB GRILLED
CHICKEN CHOP
FISH N SHIP
ROTI JOHN
KID'S JUNIOR ( NUGGET, FRIES & DRUMET)
SENARAI MENU DAN HARGA
Selain dari menu diatas terdapat juga menu lain di An-Nur's Kitchen ni, anda boleh jer buat pilihan dan makan apa? sebab.... harganya sama sahaj macam anda makan dekat kedai seafood tepi laut, Yang bezanya dekat sini anda tak nampak laut, tapi...anda akan nampak pemandangan indah juga dihadapan An-Nurs Kitcen ini ada Tasik Putrajaya, sudah tentu pemandangan cantik dan indah bila nampak Cruise Tasik Putrajaya lalu dan hot ballon naik ke udara. Sebelah malam anda Boleh lihat beca dan basikal berwarna warni... memang best tau! sambil makan tenang dengan pemandangan dan An-Nur's Kitchen sangat selesa sesuai untuk pasangan bercinta dan yang telah berkeluarga!
MENU MASAKAN THAI
WESTERN DELIGHT
MINUMAN
Kepada peminat-peminat seafood anda harus datang sini, rasa dan nikmati sendiri masakan disini memang sedap-sedap belaka. Bonde dengan suami akan datang semula sebab sudah tahu menu apa yang hendak dioder untuk next terjahan.
Akhir kata,
Seafood lambak memang sedap hingga menjilat jari... jangan lupa next entri Bonde cerita GSL Gathering.
Tunggu!
Alamat :
An-Nurs Kitchen
C1-g-6, Kompleks Perniagaan Ayer@8,
Jalan P8G1, Present 8,
62100 Putrajaya.
Waktu Perniagaan :
Dibuka setiap hari
12.00 Tgh hingga 11.00 Malam

~ Bonde Senyum Riang ~