PROMOSI RAYA BERTEMA ROMANTIK RAYA 2018 DI BUTIK NOVEMBERMATE, BANGI CENTRAL Assalamualaikum Dan Selamat Malam... Hai reader semua,
Sekarang ni semua umat islam yang akan menyambut syawal sudah tidak sabar-sabar menyediakan keperluan awal menjelang syawal tidak lama lagi. Bukan apa kebanyakkan butik-butik pakaian sudah mengeluarkan persalinan untuk untuk syawal yang bakal menjelma. PROMOSI RAYA BERTEMA ROMANTIK RAYA 2018 DI BUTIK NOVEMBERMATE, BANGI CENTRAL
Pemilik butik pun faham semua pembeli sekarang sudah sedia awal-awal lagi membeli belah bagi mengelakkan kesesakkan diakhir waktu.
Pemilik butik pun faham semua pembeli sekarang sudah sedia awal-awal lagi membeli belah bagi mengelakkan kesesakkan diakhir waktu.
Lagipun kalau shopping diakhir waktu nanti banyak masalah timbul antaranya saiz banyak tak ada. feksyen yang dikehendaki pon habis stok memang stress anda dibuatnya.
Jom Bonde tunjukkan pada anda sesi terjahan Bonde dekat satu butik ni, memang dah mempamerkan koleksi raya.
PROMOSI RAYA BERTEMA ROMANTIK RAYA 2018 DI BUTIK NOVEMBERMATE, BANGI CENTRAL
Butik Novembermate ini terletak ditingkat 1. Senang sangat nak cari Butik ni, Ianya terletak di tingkat atas di tingkat bawah adalah Reader Heaven & Coffee. Dan landmark bangunan tepi adalah Butik Leeyana Rahman.
KOLEKSI ROMANTIK RAYA 2018
Koleksi yang dipamerkan ini adalah Koleksi Romantika Raya 2018 dan ianya sangat-sangatlah mengoda dan cantik sangat. Anda yang memang sukakan pakaian sedondon dengan anak memang wajib terjah kerana Butik Novembermate ada menyediakan pakaian untuk kanak-kanak juga.Harga sempena nak raya ini bermula dari RM 50 - RM 299 Dekat sini anda boleh beli baju yang anda mahu kerana baju disini datang dengan pelbagai saiz dari saiz XS hingga 2XL.
Kalau tak nak pakai Baju Kurung Moden, Anda Boleh jer pilih blouse dekat sini, memang ada banyak pilihan Blouse cantik-cantik hadoiiii rasa nak pilih semua.
Bonde pon dah tertarik hati dengan dua koleksi Romantika Raya 2018 ni, tapi yang mana satu pilihan hati, warna memang cantik, kain dia selesa... ada banyak pilihan warna selain yang Bonde pegang ni he he he. Bantu Bonde buat keputusan plz...
Selain koleksi baju, dekat Novembermate ini juga terdapat barisan kasut-kasut pilihan yang terkini, lemah betul tang kasut ni, semua nampak trendy dan ada juga yang Bonde pekenan.
Bila dah pilih baju raya, anda boleh matchkan pula dengan kasut... barulah wow raya anda tahun ni!
[SUDUT ALAT MAKEUP]
Dekat dalam Novembermate ni juga ada sudut kecil terdapat alatan 'makeup'.. kan nak cantik raya ni jadi kenalah beli... tak lengkaplah rasanya kalau baju dah cantik, muka pulak suram... tak ceria di hari raya jadi 'touch up' lah sikit muka tu raya bukan selalu kan!
[KIOSK BISKUT RAYA]
Ada kiosk biskut raya, anda juga boleh tempah untuk raya nanti, semua jenis biskut tu Bonde dah rasa memang sedap oiii semua memang kesukaan Bonde.Dah penat shopping jom balik, Nanti nak bawa Fatin pulak datang sini, ada koleksi yang dia pekenan bila Bonde tunjuk gambar ni dekat dia.
Dah siap pilih, dah cuba nak bayar silalah ke kaunter bayaran.
Bonde bersama pemilik butik Novembermate.
NOVEMBERMATE (Level 1)
1-11-02 Bangi Sentral
Jalan Medan Pusat Bandar 7
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Boleh juga terjah media sosial Novembermate dibawah untuk yang suka beli online:
IG: www.instagram.com/novembermate
FB: www.facebook.com/novembermate

~ Bonde Senyum Riang ~