Assalamualaikum Dan Selamat Pagi,
Hai reader semua,
Pada 18 April yang lalu Bonde berkesempatan menikmati Preview Ramadhan Berbuka Puasa Secara Eksklusif Di Cruise Tasik Putrajaya. Pengalaman pertama Bonde menaiki Cruise Tasik Putrajaya memang sangat teruja sekali.
Sempena bulan Ramadhan ini,
Tasik Putrajaya akan mengadakan Iftar Fi Sofina. Apa yang di maksudkan Iftar Fi Sofina? Iftar Fi Sofina ialah dalam bahasa arab ia bermaksud Iftar di dalam cruise/kapal.
Bosan dengan menu yang sama dan suasana yang sama berbuka puasa? Bawalah keluarga, rakan dan orang tersayang berbuka puasa di Cruise Tasik Putrajaya (STP) yang menawarkan pengalaman berbuka puasa yang berbeza, eksklusif, unik dan mewah.
PENGALAMAN INDAH NAIK CRUISE TASIK PUTRAJAYA DAN MENIKMATI IFTAR FI SOFINA
[ HARGA PROMOSI EARLYBIRD ]
Dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM 120.00 bagi dewasa dan RM 75 bagi kanak-kanak dan warga emas bagi harga promosi earlybird, para pelanggan akan dibawa menyelurusi Tasik Putrajaya sambil menikmati suasana malam Putrajaya yang nyaman dan menyegarkan.
Harga Iftar Fi Sofina di CTP adalah lebih rendah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk merasai pengalaman Ekskusif dan unik ini. Tawaran promosi ini adalah bagi pelanggan yang membuat tempahan awal sehingga 16 Mei 2018 sahaja. Selepas tarikh ini ia akan dijual kepada asal iaitu Rm 145.00 bagi dewasa dan RM 77.00 bagi kanak-kanak dan warga emas.
[ KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI DALAM CRUISE TASIK PUTRAJAYA ]
Ruang solat
Set Audio untuk Karaoke
Tandas yang selesa
[ MENU MAKANAN ]
Terdapat 30 sajian pilihan yang menyelerakan untuk dinikmati sambil berlayar selama 1 jam 30 minit antaranya :- Kambing panggang
- Ayam goreng berempah
- Daging Guai Kawah
- Mee Goreng Ayam
- Pelbagai kuih muih tradisional melayu
- pencuci mulut
Menu lain yang berkonsepkan sama ada Fusion Oriental, Middle Eastern atau Muhibbah turut di tawarkan bagi pelanggan yang inginkan kelainan.
[ TEMPAH AWAL DAN REBUT PELUANG KEEMASAN ]
Setiap pelanggan juga akan mendapat sampul duit raya yang ekskusif dan kuih raya untuk dibawa pulang. Disamping itu, Pihak MPSB juga menawqarkan hadiah cabuatan bertuah berupa pakej Love Boat bernilai RM 350.00 kepada 5 orang elanggan yang membeli Iftar Fi Sofina. Para pelanggan turut berpeluang menderma di mana MPSB akan menyumbangkan RM 1 bagi setiap pakej yang dibeli kepada Rumah-Rumah kebajikan yang terpilih.
Di samping Iftar Fi Sofina,
Marina Putrajaya Sdn. Bhd. (MPSB) turut menawarkan Pakej Semiar atau Mesyuarat dan berbuka Puasa sama ada di CTP, Marina Putrajaya (MP) atau Bora Ombak Marina Putrajaya (BOMP) dengan harga yang amat berbaloi juga iaitu dengan RM 100.00 seorang.
Bonde Bersama :
Dato' Zaharah Salamat
Ketua Pegawai Eksekutif
Marina Putrajaya Sdn Bhd
[ NIKMATI PEMANDANGAN INDAH DI ATAS CRUISE TASIK PUTRAJAYA ]
Jika anda berpeluang naik CTP anda jangan lupa merakam kenangan anda di atas Cruise ini anda boleh mengambil gambar pada permandangan yang sangat cantik.





Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan bagi pakej Iftar Fi Sofina dan pakej Seminar atau Mesyuarat ini boleh menghubungi Jabatan Jualan di taian : 03-88883359 atau boleh email kepada : sales @cruisetasikputrajaya.com
Dan follow media sosial berikut untuk dapatkan info lanjut :
Instagram : cruisetasikputrajaya
Facebook : Cruise Tasik Putrajaya

~ Bonde Senyum Riang ~