Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...
Hai reader semua,
Pada 4 April 2018 (Rabu) yang lalu kecoh dekat pejabat bergosip bersama jiran sebelah meja, jiran depan dan jiran belakang berkaitan pembentangan yang dibuat oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Keenam Belas (MAPPA XVI).
MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KEENAM BELAS (MAPPA XVI)
[ 9 INSENTIF PEJAWAT AWAM & PESARA ]
1. Pemendekan kenaikan pangkat mengikut Time Based kali ke-2 dikurangkan dari 13 tahun ke 10 tahun bermula pada tahun 2018.
2. Mengwujudkan Gred Lapisan DG 56 bagi jawatan DG 54 untuk pegawai perkhidmatan pendidikan (cikgu) yang telah memegang jawatan selama 5 tahun.
3. Kemudahan perubatan dipanjangkan kepada ibu bapa lantikan pekerja kontrak bermula 1 Julai 2018.
4.Sumbangan dana kerajaan kepada Cuepac sebanyak Rm 3 juta setahun
5. Kemudahan 7 hari cuti tanpa rekod melibatkan aktiviti keagamaan bagi orang bukan islam.
6.Kenaikan 1% kadar pencen secara sekali bayar sebagai tambahan kepada 2% kadar yang diterima bermula 1 Julai 2018.
7. Pemberian geran khas sebanyak Rm 1 J kepada persatuan pesara dan lain-lain persatuan pesara.
8. Peruntukan kuota menunaikan ibadah haji bagi pesara kerajaan bermula tahun ini.
9. Kenaikan 1 KGT kepada semua penjawat awam berkuatkuasa 1 Julai 2018.
Apa pun,
Syukur Alhamdulillah dengan adanya 9 INSENTIF PEJAWAT AWAM & PESARA ini dapatlah membantu meringgankan beban kepada pejawat awam dan pesara.
Rakan-rakan yang bergelar guru juga diucapkan tahniah diatas kenaikkan pangkat anda he he he...
Semua pejawat awam pula hendaklah terus rajin bekerja dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.. InsyaAllah.

~ Bonde Senyum Riang ~