Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

4 TIPS MIX & MATCH WARNA TUDUNG DENGAN BAJU

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua,

Anda ada masalah macam Bonde ke tidak? Kadang jadi blur nak macth warna tudung dengan baju dari hari Isnin - Jumaat kadang jadi pening nak pakai tudung apa? nak pakai baju apa? Bila dapat baju tak tau nak pakai tudung warna apa? 

Selalunya, yang pertama cari baju dulu, yang kedua baru cari tudung.

Bonde nak share dengan anda semua apa yang Bonde baca di FB Page viral oh viral tentang warna. Moga menjadi inspirasi kepada kaum wanita khusus pembaca blog Bonde yang belum baca tentang Mix & Match tudung dengan baju.

Moga hari-hari yang kita lalui ceria.. mood ceria membantu untuk jadi happy sepanjang hari, betul tak ? he he he

4 TIPS MIX & MATCH WARNA TUDUNG DENGAN BAJU 

1. WARNA ROMANTIK



2. WARNA SWEET



3. WARNA BEAUTIFUL



4. WARNA GORGEOUS



[TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASAKAN BENTUK BADAN]

Badan gempal dan tinggi

Individu seperti ini sesuai menggayakan baju bewarna gelap seperti warna hitam, coklet gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. 

Serlahkan juga penampilan anda dengan corak bunga-bunga kecil. Untuk kelihatan ceria anda harus bijak bermain dengan warna. 

Awas, elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan kegempalan anda.

Badan kurus dan rendah

Jika anda golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. 

Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. 

Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian dan pastinya anda akan kelihatan lebih elegan dan trendy.
 

Badan kurus dan tinggi

Untuk individu yang berbadan kurus dan tInggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bercorak bunga yang besar pada baju bagi mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. 

Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.
~ Bonde Senyum Riang ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180