Assalamualaikum dan Selamat Pagi..
Hai reader semua,
Bonde sudah beli novel ni pada tahun 2015 lagi, memang tahu ianya akan diadaptasi dari penulis novel sendiri. ( lama tunggu adaptasi ini bersiaran di kaca tv), sesi terjahan ke Karnival Karangkraf pada tahun 2015. Novel ni sangat santai dibaca... ada juga yang kelakar dalam novel ni he he he

Makluman untuk anda semua, Drama bersiri adaptasi daripada novel Mr London Ms Langkawi karya Herna Diana. Diterajui oleh Zul Ariffin dan Izara Aishah . Drama terbitan Global Station Sdn Bhd.
Tayangan: Astro Warna
Siaran : 14 Februari 2018, setiap hari Rabu-Jumaat 9.00 mlm
Jumlah Episod: 16
[ SINOPSIS MR LONDON MS LANGKAWI ]
Kemunculan Liyana The Samseng memang mengejutkan Aidid Mukhlis jejaka berpelajaran tinggi yang terpaksa pulang ke kampung halaman tanpa rela. Nana dibesarkan oleh Tok Wan tapi dibenci oleh Pak Su(adik ayah Liyana).Liyana sepupu Aidid, hanya gadis biasa namun cintanya pada tanah air cukup menebal. Aidid jejaka Malaysia yang begitu sayangkan London. Dia dipaksa balik oleh ayahnya. Mereka tidak boleh bertemu,pasti laga angin. Seorang serius bukan main, yang sorang lagi, nakalnya Nauzubillah. Malangnya, Aidid kemalangan dan patah kaki. Sejak itu mereka mula rapat dan berkahwin. Mak Su Aidid menghasut ibu Aidid untuk memaksaNana(Liyana) untuk meninggalkan Aidid. Nana pergi dan Mak Su la orang paling gembira kerana berjaya memisahkan mereka kerana peluang anaknya Adira mengahwini Adid terbuka luas. Aidid mengamuk bila dapat tahu Nana meninggalkannya dan merayu agar ibunya merestui rumahtangga mereka.Nana membawa diri ke Gunung Mat Chincang.Sepulangan mereka, Usin memberitahu Adira diserang sekumpulan lelaki dan Aidid serta Nana menyelamatkan Adira.
"Macam bagus sangat London tu!, ejek Nana
"Memang bagus pun, jawab Aidid dengan nada menyakitkan hati.
"Apa yang bagusnya London tu yang Malaysia takde, cer cerita,ujar Liyana melawan kata-kata Aidid
"Yang bagusnya kat London takde mulut mak nenek macam kau,
DRAMA ADAPTASI NOVEL MR LONDON MS LANGKAWI
Aidid Mukhlis dan Liyana saat di sandingkan...
Barisan Pelakon Dan Penulis
Bonde bersama Penulis Novel Herna Diana

~ Bonde Senyum Riang ~