Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

KEPERLUAN DIRI & CHECKLIST UNTUK MASUK ASRAMA KOLEJ VOKASIONAL

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai reader semua,

Pada 15 Januari yang lalu Fatin dapat interview dari Kolej Vokasional dan pada 19 Januari adalah tarikh keputusan keluar secara online dan pada 23 Januari tarikh mendaftar masuk Kolej Vokasional.  Macam tak percaya Fatin dapat tawaran dan sudah dua malam Fatin tinggal di asrama apalah khabarnya disana.  Doa Bonde moga Fatin dapat sesuaikan diri dan berdikari, tak pernah selama 16 tahun berpisah dengan Family.  Akhirnya Fatin berpisah dengan kami.  Memang rasa sunyi bila tiada dirumah...maklumlah kawan gaduh, kawan bergurau, kawan sembang.  Dari kejauhan Bonde doakan yang baik-baik sahaja.

Dua hari sebelum Fatin masuk asrama adalah hari dimana kami membeli semua keperluan dan persedian Fatin untuk masuk asrama.

Dibawah Bonde kongsikan semua keperluan dan peralatan yang kami beli untuk rujukan parents semua.

Ia juga boleh digunapakai untuk anak-anak yang mmasuki asrama penuh, universiti atau kolej cuma ada penambahan yang lain mengikut keperluan asrama itu sendiri.

KEPERLUAN DIRI & CHECKLIST UNTUK MASUK ASRAMA KOLEJ VOKASIONAL

KEPERLUAN DIRI & CHECKLIST UNTUK MASUK ASRAMA  KOLEJ VOKASIONAL, ASRAMA PENUH, UNIVERSITI DAN KOLEJ.

1-Persediaan untuk barang peribadi dan persalinan.

Baju Kurung (5 helai cukup)
Baju Riadah (3 hehai)
T-shirt (3 hehai)
Seluar (3 helai)
Sweater (1 hehai)
Track Pants (2 Helai)
Bra & Panties (Bawa secukupnya)
Kain Batik (1 Helai)
Tudung (4 helai hitam) (1 helai putih) (1 tudung sarung)
Anak Tudung (3 helai)
Brooch (5 biji)
Jam Tangan 
Kasut Sukan (1 pasang)
Kasut Sekolah (2 pasang) hitam + putih
Selipar Jalan (1 pasang)
Selipar Tandas (1 pasang)
Stokin (untuk ke kelas dan untuk bersukan)
Towel (2 helai) Besar + kecil

2-Barang Kelengkapan Kerohanian

Telekung
Sejadah
Al-Quran/terjemahan
Yaasin

3-Barang Kelengkapan Peralatan Untuk Bilik Mandi

Baldi
Gayung
Bakul Kecil (buat letak shampoo, mandian,ubat gigi , berus gigi)
Laundry Bag
Sabun Basuh Baju
Downy
Berus
Hangers ( 2 set)
Sepit baju (1 set)
Hanger Bulat (kecil untuk gantung stokin dan serkup kepala)
KEPERLUAN DIRI & CHECKLIST UNTUK MASUK ASRAMA  KOLEJ VOKASIONAL, ASRAMA PENUH, UNIVERSITI DAN KOLEJ.

4-Barangan Kelengkapan Dandanan Diri

Talkum Powder (baby johnson warna pink)
Lipsbalm
Facial Cotton
Tisu Basah
Cermin
Sikat
Penyepit Kuku
Getah Rambut
Deodrant
Perfume
Pads (Day & Night)
Pantiliners
Tisu Paket
Berus Gigi
Ubat Gigi
Shampoo
Conditioner
Shower Cream
Pencuci Muka
Cotton Bud
Minyak angin
Balm Tasneem

5-Barangan dan Kelengkapan untuk Katil

Bantal (Batal extra aka batal busuk)
Sarung Bantal (beli dekat koperasi)
Cadar (Beli dekat koperasi)
Selimut
Jam Loceng

6-Keperluan Kelengkapan Ke Kelas

Payung Kecik 
Beg kain untuk ke Kelas 
Beg Pack (senang nak angkut buku sekolah)
Alat Tulis 
Dictionary 
Note Pad
File (untuk simpan kertas/surat memo)

7-Keperluan Untuk Kelengkapan Locker


Mangga / Padlock (2 Set ) untuk luggage/locker
Mug,Sudu & Garfu, Mangkuk.
Stok Makanan (Maggi, Air Kotak , Biskut, Gula-gula standby kalau lapar)

8-Barangan tahap 1 Tak Perlu Bawa Seperti Dibawah :

Handphone
Charger
Laptop
Pendrive

Kebanyakan barang-barang ni beli pada hari ahad sebelum tarikh mendaftar pada hari selasa.  Barang keperluan ni boleh juga dapatkan koperasi sekolah tapi nanti semua barang akan jadi sama dengan pelajar lain punya.  Jadi semua barang-barang yang ada kena tulis nama siap-siap takut tertukar dan hilang dicuri.  

Selain tu baju korporat, baju koko, baju asrama dan track bottom beli dekat koperasi sekolah. mengikut saiz Fatin.  



KEPERLUAN DIRI & CHECKLIST UNTUK MASUK ASRAMA  KOLEJ VOKASIONAL, ASRAMA PENUH, UNIVERSITI DAN KOLEJ.

Setakat ini barangan dan keperluan yang disediakan untuk minggu pertama, jika ada pernambahan akan Bonde update kendian.  Moga pengkongsian ini bermanfaat pada yang lain.

Sebelum berpisah... hati yang acah-acah kental jangan nages depan anak.  bertabahlah nages dekat rumah atau dalam perjalanan balik nanti.  Biarkan anak belajar berdikari dan adapat sesuaikan diri dengan suasa baru InsyaAllah.

~ Bonde Senyum Riang ~


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180