Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

RESEPI MASAK LEMAK CILI API KENTANG - BURUNG WAK-WAK

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat pagi ...


Hai reader semua...

Anda pernah dengar Burung Wak Wak tak ? Anda pernah makan dan rasa isinya.  Memang sedap sekali, Dulu masa dikampung pak cik memang rajin menjerat burung ni, arwah ayah dulu rajin juga memikat burung merpati, tapi kami tak makan burung tu arwah ayah beli dan jual,  keliling rumah kali dipenuhi dengan sangkar burung dan bila berbunyi seekor yang lain turut berbunyi.  Teringat moment tu balik.. pada masa itu Bonde cakap ishhh memekaklah burung ni.  Tak tahu pula sekarang susah nak tengok burung macam tu... kalau ada pun kena pergi taman burung kena bayar tiket nak masuk.  Padahal dulu ada didepan mata sahaja.  terus ingat dekat iklan Petronas tu.. antara anak dengan bapanya...burung apa? burung apa?...

Bagi yang tak kenal Burung Wak Wak inilah rupanya... nak dapatkan Burung Wak Wak memang susah walaupun ianya tak boleh terbang tinggi di pantas bergerak.  Nak tangkap kena buat perangkap atau jebak.

masak lemak cili api, burung wa-wak, masakan mudah, resepi mudah, burang wak-wak sedap,
(Gambar dari Google)

Bonde ada beli dengan kawan satu pejabat Burung Wak Wak ni dia jual siap proses seekor RM 4.00 dia tangkap sendiri dekat rumahnya yang berdekatan dengan kawasan kebun kelapa sakit.  Memang banyak burung ni dekat kawasan macam tu.  Tak heranlah dia boleh dapat banyak ekor untuk sesekali waktu tangkapan.  Kawan Bonde ni juga ada tangkap ayam hutan dia jugalah yang beri bekalan ayam hutan dekat Bonde kalau teringin nak makan ayam hutan.


masak lemak cili api, burung wa-wak, masakan mudah, resepi mudah, burang wak-wak sedap,

Burung Wak Wak yang siap diproses untuk dimasak....  Burung ini sebenarnya tiadalah besar sangat, dia bersaiz kecik sahaja, untuk di masak Bonde hanya potong dua bahagian nampaklah besar sedikit.  tapi boleh sahaja kalau nak potong empat. Disebabkan family kami ni kecik jadi Bonde potong kepada dua bahagian memang puas makan.

RESEPI MASAK LEMAK CILI API KENTANG - BURUNG WAK-WAK


masak lemak cili api, burung wa-wak, masakan mudah, resepi mudah, burang wak-wak sedap,

Bahan-bahan :

5 Bahagian - Burung Wak Wak (dipotong dari 4 ekor selebihnya nak goreng buat ratah-ratah he he he)

1 Senduk - Cili api (siap dikisar)

2 Biji - Bawang merah (siap dikisar)

3 Ulas - Bawang Putih (siap dikisar)

1 Kotak santan (saiz kecik) (guna santan MS)

4 Biji kentang - belah empat

3 Batang - Serai (dititik)

2 Sudu - Jus lemon

200 ml - Air

sedikit serbuk kunyit

sedikit serbuk cukup rasa maggi

sedikit garam




Cara-cara memasak :

Didihkan air, masukkan bahan yang di kisar , serbuk kunyit, serai (dititik),  masukkan burung tutup periuk/kuali yang anda gunakan biarkan burung lembut isinya dan cili nampak masak dan buka setelah 10 minit masukan santan dan masukkan kentang.  Masukkan jus lemon, serbuk cukup rasa maggi dan sedikit garam, Setelah kentang lembut tutup api.  

Sedia untuk dihidangkan. selamat mencuba.

~ Bonde Senyum Riang ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180