Assalamualaikum Dan Selamat Petang...
Hai reader semua...
Bonde memang bercadang nak jalan-jalan ke Zoo Negara Kuala Lumpur bulan Disember ni, sahaja survey-survery harga tiket dekat laman web Zoo Negara, Lepas tu nampak pula iklan seperti dibawah.
DECEMBERIANS COLLECT FREE TICKET ON YOUR BIRTHDAY! @ ZOO NEGARA
Promosi dari 1Disember hingga 31 Disember 2017.
Jadi harga tiket dikenakan hanya pada Bonde sahaja. Wow best jimat juga RM 88.00 kalau tidak kena caj harga tiket 3 untuk dewasa bersamaan RM 132.00.
Sebenarnya nak cerita jujur dekat sini, seumur hidup Bonde tak pernah pergi Zoo Negara Kuala Lumpur atas sebab-sebab yang munasabah dan tak perlu diceritakan.
Bila sudah ada promosi macam ni memang tak nak lepas peluang. Insya Allah akan sampai juga.
Tak sabar nak explore satu Zoo Negara.
kalau anda yang bercadang nak ke Zoo Negra nanti bila dah sampai jangan lupa selfie and weffie gambar anda post ke facebook dan instagram dengan #zoonegara.
UNTUK INFO LANJUT SILA LAYARI LAMAN WEB DAN AKAUN MEDIA SOSIAL DIBAWAH :

~ Bonde Senyum Riang ~