Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

SAMBAL TOTOK CILI API DENGAN BILIS TUMBUKKAN CIK FATIN

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua,

Hari ni Bonde belanja dua resepi mudah... dan ringkas sangat senang disediakan sepantas kilat siap dan sedap dimakan bersama kuah lemak putih, masak bening dan makan dengan kari tanpa santan yang Bonde masak tadi ha ha ha...

Sambal Totok ni memang fav Bonde, Mana dapat nama Sambal Totok ia adalah hasil dari perkataan ketuk atau tumbuk.. he he he sambal pon ada nick name tau...

Kali ni, Sambal ni Fatin yang buat,  sekali sahaja Bonde ajar Fatin buat terus dia expert buat sendiri.

Kadang-kadang Fatin masak dekat rumah lauk simple-simple, dia buat juga sambal totok ni... kalau teringin makan meu pedas.. dengan telur dadar pon dia makan sedap katanya.

Emmm senang lepas ni Bonde order dekat Fatin sahaja.


SAMBAL TOTOK CILI API DENGAN BILIS , SAMBAL CILI API, IKAN BILIS, LIMAU KASTURI, LESUNG BATU,

Bahan-bahannya ialah :

10 biji Cili api
1 gengam Ikan bilis (rendam dulu, kemudian tapis)
2 Biji Limau kasturi
Sedikit Garam

Cara-Caranya :

Tumbuk cili bagi lumat, selepas itu masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi , masukkan garam secukupnya.. Tumbuk bagi rata dan sebati ... Bila dah lumat letak kat piring perah limau ...

Siap


~ Bonde Senyum Riang ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180