Assalamualaikum Dan Selamat Petang....
Hai reader semua,
Pada Jumaat, 10 November yang lalu, Bonde berkesempatan untuk menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF anjuran Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) meriah sungguh majlis kali ni dan sudah tentu para peserta yang bertanding menunggu keputusan dengan hati yang bedebar-debar (nebess gitu).
TAHNIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO ANJURAN PUSAT PUNGUTAN ZAKAT
Pertandingan mencipta video bertajuk "Mencari Rezeki Yang Berkat"yang dianjurkan oleh PPZ ini telah berlangsung dari 15 Ogos sehingga 30 September 2017. Durasi video tersebut adalah selama 3 minit sahaja. Semua video pemenang ada dipaparkan di FB Pusat Punggutan Zakat.
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF ini dirasmikan oleh :
iaitu Tn Hj Mohd Rais bin Hj Alias,
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP
Penaja bagi Pertandingan Mencipta Video ini ialah :
Cik Puan Emi Inani binti Mohd Arifin
Dari:
Boutique Coudre Kuala Lumpur.
DUA KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN :
1. Video Terbaik (tempat pertama, kedua, ketiga, dan 9 saguhati)
2. Anugerah Video Pilihan Ramai
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada para Pemenang Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF:
SENARAI NAMA PEMENANG.
TEMPAT PERTAMA (WANG TUNAI RM 2,000)
Muhammad Hanif bin Ngarisan
TEMPAT KEDUA (WANG TUNAI RM 1,500.00)
Syahidah binti Baharudin
TEMPAT KETIGA (WANG TUNAI RM 1,000)
Nurhidayah binti Atmin
HADIAH SAGUHATI (RM 500)
Nurmanisya binti Shahrudin
Muhammad Adam bin Ibrahim
Muhammad Fairullah bin Hamran
Mohd Amirul Ashraf bin Abdul Aziz
Nik Puteri Nur Anis binti Noor Azmi
Nabeel Fakrur Razy bin Jufri
Anis Asyikin binti Alias
Muhammad Zuhaily bin Razali
Muhammad Norazi Nazreel bin Mohd Yazid
ANUGERAH VIDEO PILIHAN RAMAI (RM 1,000)
Muhammad Hanif bin Ngarisan
Tahniah diucapkan kepada Encik Muhammad Hanif bin Ngarisan kerana menjadi Johan Tempat Pertama dan Anugerah Video Pilihan Ramai.
Sebelum pulang Bonde dan Kak Sue sempat mencuri masa, bergambar dengan Cik Puan Emi Inani binti Mohd Arifin iaitu pemilik Boutique Coudre KL.
Tahniah kepada Pusat Pungutan Zakat kerana penganjuran ini, moga ada lagi penganjuran sebegini dimasa akan datang dengan pemilihan tema tajuk yang bagus dan popular berkaitan Zakat. Supaya dapat mendidik hati dan memupuk semangat generasi akan datang untuk memahami pengertian zakat.
InsyaAllah, Aamiin.


~ Bonde Senyum Riang ~