Assalamualaiku Dan Selamat Malam...
Hai reader semua...
Baru-baru ni Bonde bersama-sama #trippanggilanpulau ke Johor selama 3 hari 2 malam.
Kami memulakan perjalanan pada malam jumaat 29 September jam 2.00 pagi dari Salak Tinggi, Seperti perbincangan diantara kami semua, kami nak JJCM tempat makan sedap di Johor.
KACANG POOL HAJI TEMPAT MAKAN SEDAP DI JOHOR
![KACANG POOL HAJI LARKIN JOHOR]()
Alhamdulillah tepat lebih kurang jam 9.00 pagi, Bonde dan rakan sudah sampai di tempat yang di janjikan di hadapan mercu tanda Istana Bukit Serene.
KACANG POOL HAJI TEMPAT MAKAN SEDAP DI JOHOR

Alhamdulillah tepat lebih kurang jam 9.00 pagi, Bonde dan rakan sudah sampai di tempat yang di janjikan di hadapan mercu tanda Istana Bukit Serene.
Kali ini, Bonde sangat gembira kerana kami ada rakan, di Johor yang akan membantu kami dan akan turut serta program jalan-jalan dan secara automatik menjadi pemandu pelancong kami ala-ala tour guide gitu.
Mengikut perancangan, kami akan bersarapan di sebuah kedai nasi lemak sambal paru.. info dari rakan, nasi lemak tu sedap... ok boleh try... (habislah banyak makanan sedap) tapi memandang kami datang pada hari Jumaat, kedai tersebut tidak dibuka. Dan Plan B kami adalah ke Restoran Kacang Pool Haji dekat Larkin.
OKlah... memandangkan Bonde memang tak pernah makan lagi Kacang Pool.. terus setuju yeayyyyy tak sabar.
Pagi tu hujan agak lebat juga. Tapi rezeki kami, langkah kanan gitu... Restoran Kacang Pool dibuka...
Kami semua oder kacang pool untuk sarapan pagi tu... ada extra nasi lemak dua bungkus untuk dikongsi dan dinikmati bersama... nasi lemak tu, sambal memang sedap, anda kena cuba tau!
Tadaaaa kacang pool...
RIVIEW DARI BONDE
Untuk semangkuk kacang pool ini.. rasanya tak cukup semangkuk... Untuk satu set kacang pool terdapat semanguk kuah dan sebiji telur mata dan sekeping roti tebal, Ia memang sedap sangat! kuah daging yang diletakkan kacang didalamnya memang lebih sedap dicicah dengan roti yang tebal tu. Syukur makan semangkuk dah kenyang. Lain kali datang Larkin boleh repeat!

HARGA ?
Harga 1 set kacang pool ialah RM 4.00 sahaja.
Meriah meja kami.. penuh dengan set kacang pool.
Restoran Kacang Pool Haji ini terletak di alamat :
No.12 Jalan Dato Jaafar,
Taman Dato Onn,
80350 Larkin, Johor Bahru.

~ Bonde Senyum Riang ~