Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180

MASAK LEMAK CILI API PERUT, TEMBUSU DAN KITAB MELETOP SEDAPNYA

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Petang..

Hai reader semua,

Semua-semua mesti dapat banyak daging masa hari raya korban.. minggu lepaskan!

Bonde pon ada dapat jugak... semasa balik kampung hari tu, Bapa mentua ada bawa balik perut (babat), tembusu (usus) dan kitab (perut yang berlapik-lapik).

Selama ni, memang Bonde yang akan membersihkan perut lembu dan juga kitab, selalunya bukan dapat banyak pon cukuplah untuk sekali masak dalam 300 gram dan bila dah rebut, kecut lagi sikit jadinya. 

Kali ini.... pertama kali Bonde mencuci (tembusu) tau tak berapa panjang tembusu tu.. masa bonde cuci tu dekat tiga depa panjangnya... (huh berpeluh tau membersihkannya.)

Tapi sukalah buat benda-benda macam ni... sebab suka makan, kene dengan masakannya memang terangkat tau.

Disebabkan Bonde nak pi bercuti, jadi Bonde masaklah semangkok untuk melepaskan rasa keinginan.  Kalau tak nanti di oversea dok teringat-ingat benda ni dalam peti ais.

Tapi Bonde nak masak campur dengan rebung ataupun nenas tapi tak jumpa maklumlah cuti lima hari, banyak bahan basah habis dekat pasar dan kedai aceh yang berdekatan dengan rumah Bonde tu...

Jadi masaknya simple sahaja.  Yang pasti sedap teramat!

MASAK LEMAK CILI API PERUT, TEMBUSU DAN KITAB MELETOP SEDAPNYA


perut lembu, tembusu lembu, kitab lembu, usus lembu, lembu korban,



perut lembu, tembusu lembu, kitab lembu, usus lembu, lembu korban,

Perut (babat), Tembusu (usus) dan Kitab (perut yang berlapik-lapik) yang telah dibersihkan.

perut lembu, tembusu lembu, kitab lembu, usus lembu, lembu korban,

Bonde kongsikan cara yang paling simple tapi sedap untuk masak perut, tembusu dan kitab.


Resepi Masak Lemak Cili Api Perut, Tembusu dan Kitab.


Bahan-bahan  :

Perut, Tembusu dan kitab (yang telah direbus)
1 labu bawang (kisar)
1 labu bawang putih (kisar)
3 batang - serai dititik
20 biji - cili api kampung (kisar)
1 kotak kecil santan 

1 sudi kecil - serbuk kunyit
garam secukupnya.
1 biji lemon

Cara memasak :

Masukkan cili api, serbuk kunyit, air dan seterusnya masukan perut, tembusu dan kitab, masukkan serai biarkan ia terus mendidih dan buka api kecil, kacau sekali sekala dan biarkan hingga  perut, tembusu dan kitab jadi lembut.  

Bila sudah lembut masukan garam dan perahan limau.

Siap untuk dihidangkan.



~ Bonde Senyum Riang ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2180