Quantcast
Channel: Bonde Zaidalifah
Viewing all 2182 articles
Browse latest View live

SINOPSIS MUA MOST WANTED KARYA AIFA BATRISYA

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua...

Seperti yang dijanjikan.... disini... Bonde nak share Novel keluaran PBKL 2017, Novel Ketiga karya Penulis : AIFA BATRISYA, bertajuk :MUA MOST WANTED Terbitan KARYASENI.

MUA MOST WANTED


SINOPSIS MUA MOST WANTED KARYA AIFA BATRISYA

SINOPSIS MUA MOST WANTED

Pernah tak anda mengalami situasi begini?
1) Sudah makan di kedai tapi bila nak bayar baru sedar yang dompet tertinggal?
2) Cuba call rakan serumah untuk minta pertolongan tapi kredit telefon dah tamat tempoh?
3) Rakan serumah kebetulannya call tapi belum sempat minta tolong, bateri telefon habis? 
4) Ada orang tolong bayarkan tapi bagi resit untuk diclaim semula?

Perkenalan Lara Amani dengan Faheem, seorang MUA (Make-up artist) yang berkira dari segi wang ringgit dan masa, dimulai dengan sekeping resit bayaran serta tandatangan kecil Lara pada buku planner milik Faheem sebagai tanda yang dia berhutang.

Tidak habis di situ, biarpun Lara ‘cuba-cuba’ lari dari membayar hutangnya, mereka seakan sentiasa berjodoh bilamana hal kerja seringkali menyatukan mereka dan tanpa disangka, Faheem adalah MUA yang diupah khas untuk majlis pertunangan Lara.

“Faheem, saya rasa saya suka awak.” - LARA
Faheem komited pada kerja demi ibu dan adik-beradiknya. Customer is always customer dan jatuh hati pada customer sendiri adalah perkara paling dilarang dalam konsep kerjanya. Tapi kehendak seorang Lara Amani yang kuat kemahuan dan cekal hati tak dapat digoyahkan dengan tolakan demi tolakan yang Faheem cuba lakukan.

“Maaf. Saya masih berpegang pada kontrak saya. Saya cuma MUA yang akan mengandam awak pada hari nikah awak nanti. Saya bukan pengantinnya.” - FAHEEM
Yang Lara kejar, tak pernah sudi menerimanya. Tunang dan adik kepada tunangnya pula melayan Lara bagaikan sebiji bola, ‘ditendang’ sesuka hati mereka.

“Sejujurnya, saya tak berminat nak kahwin dengan awak. Please do something so that this plan will be cancel or else, you’ll suffer. Saya akan kahwin dengan awak dan dalam masa yang sama akan madukan awak, sebab saya dah ada pilihan sendiri.” - RAID

“Saya sukakan awak, Lara. Saya akan layan awak dan jaga awak sebaiknya. Saya bukan macam Raid dan awak tak perlu risau. Ummi pun restu hubungan kita.” - FAIQ 

Raid dengan Faiq buat Lara pening namun demi kejayaan papanya, Lara turutkan segalanya dalam terpaksa. Tambah bengang bila Faheem yang turut ada hati padanya hanya berdiam diri atas alasan komitmen kerja dan dasar kepercayaan persahabatannya dengan Faiq.

Berjayakah akhirnya Lara Amani menangkap hati Si MUA pujaan hati yang rahsia hatinya sukar untuk diteka? Antara niat untuk kekal dengan perniagaan demi keluarganya dan kepercayaan seorang sahabat, sanggupkah Faheem beralah dengan mengorbankan kehendak hati sendiri? 💄 💅

.

Harga : RM 23.00 (SM) // RM 26.00 (SS)
Penulis : Aifa Batrisya
Keluaran : Mei, 2017
Terbitan : Penulisan2u



~ Bonde Senyum Riang ~

TONTON FULL EPISOD CIK SERBA TAHU

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Petang

Hai reader semua,

Siapa layan drama Cik Serba Tahu diadaptasi daripada novel karya Syamnuriezmil. Sebuah drama terbitan Orangetree Production arahan Shuhaimi Zulkefli. Dibintangi oleh Remy Ishak, Sari Yanti, Zarul Umbrella, Iedil Putra dan ramai lagi. Drama sebanyak 16 episod.... siapa nak repeat menonton atau ada yang tertinggal episod bolehlah klik link dibawah yea...

Selamat menonton.


TONTON FULL EPISOD CIK SERBA TAHU 





SINOPSIS CIK SERBA TAHU


Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah?

Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?


Carl Adham bersama Arena Isyqee


Bunyamin bersama Aerna Isyqee


WATAK PELAKON CIK SERBA TAHU

Remy Ishak sebagai Carl Adham

Sari Yanti sebagai Aerna Isyqee

Zarul Umbrella sebagai Bunyamin

Iedil Putra sebagai Benjamin


~ Bonde Senyum Riang ~

PAK CIK KEREK SEMANIS SEMANIS PAVLOVA KARYA ALIESHA KIRANA

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua...


Seperti yang dijanjikan.... disini... Bonde nak share Novel keluaran PBKL 2017, Novel Keempat karya Penulis : ALIESHA KIRANA, bertajuk : PAK CIK KEREK SEMANIS SEMANIS PAVLOVA Terbitan KARYASENI.

PAK CIK KEREK SEMANIS SEMANIS PAVLOVA

PAK CIK KEREK SEMANIS SEMANIS PAVLOVA

SINOPSIS PAK CIK KEREK SEMANIS SEMANIS PAVLOVA

Kehidupan Ajda Sajidah, peniaga manisan pavlova yang dulunya baik-baik saja berubah selepas dia memohon sebagai vendor di butik Talqisya. Dia tidak pernah menyangka yang pemilik butik itu adalah seorang lelaki bujang terlajak yang kerek lagi dingin seperti Megat Talhah. 

“Lain kali, berjalan tu tengok depan.”- Megat Talhah 

“Errr, maaf Encik Megat. Saya tak sengaja.”- Ajda Sajidah 

“Orang yang cemerkap memang selalu cakap dia tak sengaja.”- Megat Talhah 

Pertemuan antara Ajda Sajidah dan Qisya, sahabat ketika di universiti kembali menceriakan suasana. Kehadiran Ajda Sajidah dalam hidup Qisya membuatkan dirinya kembali bersemangat untuk meneruskan hidup sebagai orang kelainan upaya. 

“Kahwin dengan pak su aku. Jadi mak su aku.”- Qisya 

Permintaan Qisya agak sulit diterima, namun dia pasrah. Demi kebahagiaan sahabatnya Qisya, dia sangggup berkorban. Namun, pertemuan antaranya dan pak su Qisya membuatkan keputusannya goyah. Mahukah dia terima pak su Qisya a.k.a pak cik kerek a.k.a Megat Talhah itu sebagai suaminya? Apatah lagi lelaki itu juga sepertinya, tidak rela! 

“Saya tak boleh nak cuba cintai awak, macam mana saya nak hidup seumur hidup dengan orang yang saya tak pernah cinta?”- Megat Talhah 

Apa pengakhiran episod ini? Adakah keputusannya perlu dikaji lagi atau terima saja pak cik kerek ini? Siapa yang sanggup terima lelaki dingin seperti pak su Qisya itu? 

Pak Cik Kerek Semanis Pavlova 🎂 🎂 

Harga : RM 23.00 (SM) // RM 26.00 (SS)

Penulis : Aliesha Kirana 

Keluaran : Mei, 2017

Terbitan : Penerbitan Karyaseni

~ Bonde Senyum Riang ~

BAHAGIA YANG TERTANGGUH KARYA RISSA AHDIYA

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua...

Seperti yang dijanjikan.... disini... Bonde nak share Novel keluaran PBKL 2017, Novel Kelima karya Penulis : RISSA AHDIYA, bertajuk : BAHAGIA YANG TERTANGGUH Terbitan KARYASENI.

BAHAGIA YANG TERTANGGUH 

BAHAGIA YANG TERTANGGUH

SINOPSIS BAHAGIA YANG TERTANGGUH 


Ramai wanita yang selagi boleh, akan mengelak untuk bercinta atau terikat dengan lelaki yang tergolong dalam kategori ‘anak emak’. Tetapi kalau kategori ‘adik kakak’ bagaimana pula?
Selama lapan tahun, NURIN HANA menjeruk rasa. Begitu teruk dia dibuli ipar-duai malah tidak pernah sekali pun dia diberi peluang beraya di kampung sendiri.


“Kakak mesti tak percaya kan kalau saya beritahu yang Zakwan pernah minta saya bayar sewa rumah ni pada dia? Saya pun tak tahulah fahaman apa yang keluarga akak pegang.”


Semua itu tidak mematahkan cintanya terhadap si suami hinggalah pada suatu hari, nama Kak Tipah Kerani muncul pada skrin telefon bimbit suaminya. Terhiris hati Hana apabila mengetahui kebenarannya. Kak Tipah Kerani itu sebenarnya seorang janda jelita bernama Azrin Sofea!


“Curang tu hak saya. Awak tak berhak nak bertanya atau bersuara apa-apa. Dah kira beruntung saya tak tinggalkan awak ni tau. Bersyukurlah.”


“Kalau orang dah tak nak tu, ada eloknya kalau you faham-faham sendiri ya. Jangan memalukan diri you.” – Azrin Sofea


Talak akhirnya menjadi ‘hadiah’ bagi segala ketaatan dan kesetiaan Hana. Pengkhianatan Zakwan bagai vonis kematian buatnya. Seluruh hati bagai dicarik dan dicencang lumat, terlalu parah dilukai Zakwan. Lalu, Hana bangkit. Cuba dijahitnya kelukaan itu dengan reda yang ikhlas. Hanya permata hati menjadi kekuatannya. 


ZAKWAN. Tanpa Hana, terasa lompong dan serba tidak kena hidupnya. Senyuman manja Azrin serasa tidak membawa erti. Hati diserbu penyesalan yang tidak kunjung padam. Betapa Hana selama ini banyak berkorban. 


“Kita masih ada peluang untuk memperbaikinya. Kita kahwin semula ya. Kalau pun Hana tak fikirkan tentang abang, kita fikirkan demi kebaikan Raiqal. Kasihan dia jadi mangsa akibat perceraian kita.” - Zakwan



Harga : RM 24.00 (SM) // RM 27.00 (SS)
Penulis : Rissa Ahdiya
Keluaran : Jun, 2017
Terbitan : Penulisan2u


~ Bonde Senyum Riang ~

PETUA BIDAN-BIDAN LAMA MANDI KETIKA PANTANG BERSALIN BAGAIMANA??

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai reader semua....

Pagi ini Bonde tergerak nak kongsi cerita, memandangkan semalam... Bonde ada checkup bulanan di Hospital Putrajaya.  Sementara tunggu giliran nombor dipanggil tu, Bonde dok perati ibu-ibu  yang lalu lalang depan Bonde, yang sedang mengandung, ibu dalam pantang... bawa anak may be anak ada jangkitan demam kuning.

Terus throwback balik 15 tahun lepas... masa Bonde dalam pantang... huh.. masa dalam pantang memang macam-macam kene jaga... masa tu arwah mentua yang jaga... Mula-mula memang sedih sebab bersalin czer, (sob sob sob sedih) Sudahlah bersalin czer memang banyak kene belajar, mentua Bonde pon pertama kali menjaga Bonde yang bersalin czer... sebelum ni kakak dan adik ipar semua bersalin normal, Bonde sangat bersyukur dan berterima kasih dengan Mak kerana menjaga Bonde masa tu... Pengalaman berpantang dengan mentua... Cian Mak melayan kerenah anak menantunya ini.  Bonde kan Manja hu hu hu.

Bonde nak kongsikan juga apa yang Bonde baca dengan anda semua....


Petua Bidan-Bidan Lama Mandi Dalam Pantang Bersalin.

Kalau ikut cara kaum cina, 30 hari mereka memang tak jumpa air. Bukan setakat basah rambut. Mandi pun langsung tak boleh.

Cara bidan-bidan Melayu Lama. Aturan dan tertibnya.

1. Mandi waktu dhuha

Maksudnya biar matahari dah tinggi sedikit. Cuaca dah suam-suam.  jangan lepas dah sedap mandi air suam disebabkan suhu sekitar yang sejuk, tiba-tiba kita jadi menggigil lepas mandi. Bahaya tu. Takut tiba-tiba bentan menggigil.

2. Mandi air suam-sauam panas untuk badan

Boleh mandi air rebusan daun herba. Kalau susah nak cari daun-daun, mandi je air kosong yang suam. Janji suam-suam panas. Jangan suam-suam sejuk. Banyak beza tu

3. Untuk kepala, WAJIB mandi air paip biasa

Jangan basuh rambut dan muka dengan air panas. Pantang 7 keturunan tu. Kalau dilanggar, ibu mudah kena pening kepala. Rambut mudah gugur. Kulit muka cepat berkedut. Amalan ni bukan untuk ibu dalam pantang je, untuk semua sebenarnya. Laki, perempuan, tua, muda semua boleh ikut petua ni. Saya dah biasakan anak-anak sejak lepas lahir lagi. Muka rambut memang air paip biasa. Badan je air suam

4. Mandi jangan lama-lama

Paling lama 10 minit je.

5. Mandi orang pantang 1 baldi besar je

Bukan 1 kolah. 1 gayung ratakan seluruh tubuh. Sabun puas-puas. Lepas itu gunakan air lebihan dalam baldi buat bilas sabun. Dah cukup

6. Mandi sehari sekali

Wanita yang mandi banyak-banyak dan lama-lama dalam pantang kita akan nampak kulitnya tak anjal. Even kurus tapi kulit tak firm. Muka sembap. Badan boyak.

7. Minggu pertama sebaiknya lap-lap je dulu

Dry cleaning. Kalau yang czer ni memang kene lap-lap jer rasanya... jangan basah-basah sangat sebab takut luka tu lambat nak kering dan basah.. takut ada bakteria membiak pulak nanti bahaya... luka kene bagi betul-betul kering!


~ Bonde Senyum Riang ~

KINI KAU TELAH DEWASA

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Petang....

Hai reader semua,

Bersiaran petang ini... 
Bonde nak kongsikan cerita... Malam tadi, Fatin mengadu sakit perut... Emmm... ambik minyak Yu Yee sapu dekat perut, lepas tu dia merengkot terbaring jer... 



Lepas tu,

Tengahhari tadi balik dari sekolah Atin call, 

Atin : ....Bonde Atin dah 'P****d' , rupanya sakit perut malam tadi nak period

Bonde : Tahniah awk dah dewasa dan jadi anak dara.

Atin : Baru niat nak puasa penuh tahun ni...

Bonde : ha ha ha ( gelakkkan diaaaa ) dah tak ada puasa penuh lepas ni...

Rupa-rupanya malam tadi sakit perut sampai berpusing-pusing dan merengkok atas sofa tu sebab nak 'p****d'.  Bonde pon tak tau sakit perut sebab apa? May be sebab makan kueh teow goreng dengan cili jeruk extra lagi dipesannya masa makan malam semalam.

Alhamdulillah Atin tak ada masalah sangat sebab Bonde memang dah  pesan suruh standbykan apa yang sepatutnya nak guna tiba-tiba datang p****d di tempat dan masa yang tidak dijangka.  Nasib dia tak lupa nak simpan dalam beg, memandangkan umur dah 15 tahun.  Memang harus ada bekallan setiap masa.

Lepas ni... Banyak benda nak kene ajar... maklumlah dulu masa Bonde pon arwah mak ajar nak buat apa? 

Yang pasti nak cakap dengan fatin jaga diri baik-baik, nak bagi tau dia... lepas ni segala dosa yang Atin buat sekarang adalah tanggungjawab Atin bukan ayah lagi yang tanggung. Moga lepas ni Atin menjadi seorang yang dewasa" InsyaAllah.


~ Bonde Senyum Riang ~

[ TONTON FULL DRAMA : SHH I LOVE YOU ]

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua...

Bonde dah follow drama ni, jadi terus-terus nak follow sampai ending.... Drama ini telah diadaptasi dari Novel Shh I Love You, karya penulis Farisya Natasha terbitan Penulisan2u.

SHH I LOVE YOU


SHH I LOVE YOU

[ SINOPSIS : SHH I LOVE YOU ]

NUR NADIA OMAR… Keceriaan luaran tidak dapat menutup kekurangan yang ada pada dirinya. Hidupnya yang penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam yang menjadikan diri masih bernyawa sehingga kini. Dan kerana itu, kesukaran hidupnya mula diterangi cahaya kebahagiaan apabila hadir si teruna idaman hati. Dapatkah si jejaka menerima kekurangan dirinya?
AHMAD AIDAN AHMAD ABHAR… Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara kesepian dan menumpukan perhatian pada kerjaya di awan biru. Namun, pertemuan tak dirancang dengan seorang gadis yang berkerjaya tidak jauh beza dengan skop kerjanya telah membawa satu perubahan baru buat dirinya. Dan kerana itu, mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam lagi?
“Awak sanggup terima apa saja risiko bila awak kahwin dengan saya nanti?”
 – Nadia


“Bukan ke itu yang husband and wife should be doing?” 
– Aidan


Namun begitu, percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya, perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga mereka yang dibina dengan tergesa-gesa itu mula dilanda ujian.
Kisah dan rahsia yang disimpan oleh si teruna membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia sehingga ke akhir nafas wanita itu biarpun cinta untuk isterinya tidak pernah. Ini kerana cintanya hanyalah untuk bekas tunangannya yang sudah tiada. Apabila mengetahui perkara sebenar, mampukah Nadia mengharunginya?
“Untuk apa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Hanya sebab awak simpati pada saya? Atau saya ni cuma alat untuk mengaburi mata keluarga awak yang kononnya dah move on? Ataupun, saya ni sekadar peneman di waktu awak sunyi? Tell me, Aidan. Tell me the truth!” – Nadia
Setelah itu, Nadia mula nekad. Dia mahu hanya dirinya saja yang bertakhta dalam hati Aidan tanpa terselit wanita lain meskipun bekas tunang lelaki itu sendiri.
“Saya takkan mengalah. Sampai masa nanti, awak tak akan dapat hidup tanpa saya.” – Nadia

“Try me.” – Aidan

Cabaran lelaki itu membuat Nadia terus berjuang. Sebagai isteri, dia berhak memiliki Aidan sepenuhnya. Tetapi, benarkah hanya itu yang menjadi rahsia selama ini? Atau ada lagi rahsia yang lebih besar tanpa diketahui olehnya? Dan jika ada, mampukah dia berdepan dengan rahsia itu? Atau mungkin sudah tiba masanya untuk dia melangkah pergi?

[ ADAPTASI DRAMA : SHH I LOVE YOU ]

PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd

PELAKON : 

Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Tash Yong, Aien Zahalan, Hafreez Adam, Hani Nazrina, 

SHH I LOVE YOU

Nadia bersama Aidan

[ TONTON FULL DRAMA : SHH I LOVE YOU ]


[17] ... UPDATE [18][19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26]


SHH I LOVE YOU

Jika berminat nak dapatkan novel boleh ke PBAKL 2017 booth karyaseni atau... beli secara online di :

Layari web Karyaseni & Penulisan2u di


Tajuk: Shhh… I Love You

Penulis: Farisya Natasha
Muka Surat : 528
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0992-24-2
Harga: RM22.00 (Semenanjung) // RM25.00 (Sabah & Sarawak)



~ Bonde Senyum Riang ~

NAIK BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua...

Apa khabar... lama dah tak bersiaran maklumlah cuti panjang hu hu hu... Bonde pon kebelakangan ini agak sebok sikit, amboi... nak mention jugak tu... sebok yang biasa-biasa taklah sebok mana pon, cuma kadang-kadang apa yang dirancang tu tak ikut seperti yang telah di check listkan tu... kalau pandai susun jadual dan tugasan ianya akan... pasti nampak cantik jer perjalanan aktiviti harian tak lah teruk mana sebenarnya.  Kadang hingga rasa kelam kabut dibuatnya.

Malam minggu lepas Bonde meluangkan masa bersama family jalan-jalan tengah malam ke Ayer 8, Putrajaya.

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Keluar rumah lebih kurang jam 9.30 malam, sampai di Ayer 8, Putrajaya lebih kurang 30 minit selepas itu...

Sebenarnya... sudah lama Bonde tahu terdapatnya  Beca Berlampu di Ayer 8, Putrajaya ni... tapi baru malam minggu yang lepas Bonde teringgin nak jalan-jalan dekat Ayer 8, Putrajaya sambil naik "Beca Berlampu"

Memang terujalahhhh firstime katanya

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Kata Beca? tapi kenapa kereta jadi beca... ha aaaa percaya ke idak... beca ni diperbuat dari body kereta terpakai tau... (waksegen kuning tuuuu) jangan nak seram pulak yea...

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Tadaaaaaaaaaaaa.... macam tulah rupanya dibahagian dalam... ada pedal untuk dikayuh ini, beca moden tau.... siap ada bumbung dah... canggih tau!siap ada stering untuk dikawal....

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Dari jauh lagi... dah nampak lampu berwarna-warni

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Memandangkan jam telah menunjukkan jam 11.30 malam... walaupun sudah hampir tengah malam, masih ramai lagi pengunjung yang datang nak naik beca ni... rasanya aktiviti mengayuh beca ni seronok sangat...

Kami pun terus mencari kaunter dah membeli tiket, kami membayar sewa untuk sebuah beca adalah RM 35.

Semua berebut nak jadi drebar... mula-mula Bonde pegang stering, lepas tu Kanda, lepas tu fatin...

Bawa beca ni tak lama mana pon sebab check pointnya pendek sahaja... lebih kurang 20 minit masa yang kami ambil nak kayuh itu pun sebab kami asyik tukar-tukar drebar, kalau tak 15 minit dah sampai rasanya... hi hi hi

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Kami dapat naik waksegen warna biru.... (seram nak nak naik yang warna kuning tu)

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Anda yang mana tak tahu nak buat aktiviti apa bolehlah bawa family datang sini... main belon besar, belon buble pon hadooo tentu mereka suka... sorry pic tak cantik maklumlah sambil kayuh bergoyang-goyang he he he

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Senang jer nak kawal stering ni.... Fatin bukan main syok lagi.... (tapi kanak-kanak tidak dibenarkan untuk jadi drebar tau) Fatin jangan nak perasan kanak-kanak lagi yeaaa


BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Udahhh tu Fatin jomlah kita baik nak oiiii.... lain kali kita datang kayuh sampai lebammm yea

Untuk Info anda yang datang :

Foto Kg Beca.

Foto Bubbles & Beans.

Bubbles & Beans Leisure Cafe.
C1-LG-5&6 Ayer@8, Jalan P8G, 
Presint 8, 62250 Putrajaya.
Tel : +603 8893 6080. www.giantbubble.com.my
Park at basement E3 pillar exit at Pintu 2. 
Shop is directly opposite Millenium Tower.

Drive there using Waze: http://waze.to/lr/hw2829u9cj.
Gps coordinate : 2.924550, 101.681202


~ Bonde Senyum Riang ~

JADUAL SESI TEMU MESRA PENULIS, NOVELIS D'PBAKL 2017

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua,

Disini Bonde listkan senarai beberapa syarikat penerbitan yang mengadakan sesi temu mesra bersama penulis...

Diharapkan ianya membantu anda untuk berjumpa dengan penlis kesayangan anda.

Bila dah jumpa sain dekat novel, selfie dan wefie jangan lupa tau ! enjoy...

JADUAL TEMU MESRA PENULIS PENERBITAN KARYASENI




JADUAL TEMU MESRA PENULIS PENERBITAN KAKINOVEL


Foto Zaidalifah Aisheteru.

Foto Kakinovel.

SUMBER : KAKINOVEL

JADUAL TEMU MESRA PENULIS PENERBITAN SR PUBLICATION


Foto Zaidalifah Aisheteru.
SUMBER : SR Publication

JADUAL TEMU MESRA PENULIS PENERBITAN BUKU PRIMA & ALAF21


Foto Alaf 21.

Foto Alaf 21.

Foto Alaf 21.

Foto Alaf 21.

Foto Alaf 21.

SUMBER : Alaf21

JADUAL TEMU MESRA PENULIS PENERBITAN BESQ

Foto Zaidalifah Aisheteru.

~ Bonde Senyum Riang ~

GIVEAWAY (1) OLEH MIEZA SUHAINI

$
0
0

Assalamulaikum dan Selamat Malam...

Hai reader semua...


Bonde nak join GA anjuran Mieza Suhaini @ dikenali dengan nama kecik di kalangan ahli KBBA.

Anda nak join klik pic dekat bawah yea...

Giveaway (1) oleh Mieza Suhaini

Giveaway (1) oleh Mieza Suhaini
Sumber Gambar

~ Bonde Senyum Riang ~

GIVEAWAY FREE NAMECARD BY BUSYRA TAKIYUDIN

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua...

Jom join GA by Bustra Takiyudin.....

GIVEAWAY FREE NAMECARD BY BUSYRA TAKIYUDIN

[ KLIK BANNER UNTUK JOIN]


Syarat-syarat:

1. Follow blog BusyraTakiyudin

2. Follow G+ google (ada di sidebar)

3. Like page blog busyra

5. Buat 1 entri, letak banner dan backlink kan ke entri ini.

4. Sebut 3 perkataan menggambarkan blog BusyraTakiyudin (contoh: simple, kemas, comot) hehe

5. Tinggalkan link entry di ruangan komen

Tarikh tutup penyertaan pada 25 Mei 2017 (Khamis) 11.59p.m.. 


~ Bonde Senyum Riang ~

NOVEL TAKDIR BERKASIH JUALAN AMAL UNTUK BANTU SUAMI... JOM SAMA-SAMA BANTU!

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Malam...


Hai reader semua,

Rasa terharu... dapat pesanan messages dari beliau,

Malam ini Bonde ingin membantu seorang penulis novel iaitu Fida Rohani @Rohani Deraman, lebih mesra dipanggil Kanda Fida Rohani, Novel terbaharu beliau bertajuk Takdir berkasih...

[TENTANG TAKDIR BERKASIH]


TAKDIR BERKASIH...sebuah catitan benar mengenai suka duka akak menjaga suami. Memang sakitnya tidak kronik dan biasa saja dalam masyarakat. Namun sengaja akak buat catitan ini untuk bacaan umum. Mungkin ada ramai isteri yang lebih tabah dari akak. 


Dan memang isteri adalah harta suami dan begitulah sebaliknya.

TAKDIR BERKASIH ditulis semata-mata untuk kutipan dana untuk membiayai kos pembedahan mata dan membeli kaki palsu untuk suami akak.

Dalam masa yang sama, jika ada kelebihan rezeki berkat sokongan semua, akak berhajat memanjangkan sedekah itu kepada pesakit lain yang sangat memerlukan bantuan segera.

Doakan hajat akak dimakbulkan.

Rohani Deraman.

MARI MEMBELI NASKAH INI. 

Bonde membantu Kanda Fida Rohani mempromosikan novelnya... katanya lagi... 

Mungkin dengan RM 18 duit anda itu, Allah berikan keberkatan dan dapat membantu insan yang memerlukan.
Bonde doakan semoga ramai yang membantu Kanda Fida Rohani mempromosi jualan novelnya ini.

Moga dengan cara ini dapat membantu beliau... untuk menanggung kos pembedahan mata dan membeli kaki palsu.

InsyaAllah, Aamiin.


Foto Rohani Deraman.

Foto Rohani Deraman.

Foto Rohani Deraman.

Foto Rohani Deraman.


Foto Rohani Deraman.

Foto Rohani Deraman.

WHATSAPP JIKA BERMINAT: 010-5184827

atau ingin menyumbang terus ke akaun :

101217374458

ikuti kisah beliau di :


~ Bonde Senyum Riang ~

MINI NOVEL ACIK LANA(BELLA) DAN LYNN SAFIYA (LOVE, UNLIKELY)

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua,

Anda peminat novel Acik Lana... untuk pengetahuan anda Acik Lana ada terbitkan Mini Novel bersama Lynn Safiya,  Dibawah Bonde kongsikan sedikit sebanyak tentang novel tersebut...

Diakhir teaser anda boleh pesan novel ini...

MINI NOVEL ACIK LANA(BELLA) DAN  LYNN SAFIYA (LOVE, UNLIKELY)

Foto Fiqa Shah.

[SINOPSIS BELLA - ACIK LANA]

BELLA – Acik Lana
Bella - si ‘Ugly Betty’ yang sering dipersenda, dibuli dan diejek. Dengan kaca mata tebal, baju berwarna pelangi, dia dilabel sebagai perempuan kolot. Dalam kolot-kolot pun, Bella berangan juga nak cari true love. Sebab dia percaya cinta sejati memang wujud.
Faid - si tampan yang menjadi rebutan dan dambaan ramai gadis. Lelaki yang biasa-biasa saja hartanya, tapi punya hati dan karisma yang cukup memikat. Di mata Faid, si Ugly Betty itulah pujaan hati. Tapi setiap kali dia buat confession, setiap kali itulah kena reject. Kenapa susah sangat Bella nak terima cintanya? Sebab Amalina?
Amalina - Kembar seiras kepada Bella. Raut muka yang sama, namun penampilan dan sikap mereka berbeza. Kalau Bella the beast, dialah si beauty. Dari kecil lagi mereka tak pernah sebulu. Hubungan yang berantakan semakin memuncak saat Bella ‘merampas’ sesuatu daripadanya. Dalam hati Amalina, dendam perlu dilunaskan tak kira apa!
Ini kisah cinta tiga segi penuh drama. Jadi di mana penghujung kisah antara Bella, Faid dan Amalina? Siapa yang sengsara? Siapa pula yang bahagia?

[SINOPSIS LOVE, UNLIKELY - LYNN SAFIYA]


LOVE, UNLIKELY – LYNN SAFIYA
Timah - Sempoi nama itu, sesempoi orangnya. Pertembungan dengan si jejaka dalam suatu insiden yang tidak disengajakan menyerlahkan sifatnya yang tenang lagi selamba. Namun Timah punya kompleks rendah diri yang agak tinggi ekoran ‘kecomelan’ tubuh badannya, lebih-lebih lagi diri sering menjadi bahan usikan serta ejekan sejak alam persekolahan lagi.
Firas - Tidak mengerti mengapa dia sering ditolak oleh gadis itu. Namun dia tidak mampu menerima alasan-alasan yang dilemparkan Timah sedangkan hati yang disangka telah mati kini seakan bergetar kembali. Maka gadis itu berterusan diburu.
Dan ketika Timah mula akur dengan kehendak hati, langkah murninya telah disalah erti. Firas kecewa lalu meninggalkan si pemilik hatinya terkapai-kapai sendiri. Namun sejauhmana kaki mampu berlari, sedangkan hati tidak mampu menjauhi. Timah kembali dijejaki setelah kebenaran menampar tepat ke pipi. Masih adakah ruang untuk Firas kembali bertapak dalam hati?

Teaser dari mini novel Acik Lana bersama kak lynn Lynn Safiya

Random teaser BELLA..


​“Sayang…” Bibir Faid mendesis lembut saat Bella menerpa ke dalam pelukan. Rapat gadis itu melentokkan kepala ke dadanya. Dengan manja dan penuh kasih dia mengelus kepala Bella. Kucupan penuh terharu turut dihadiahkan ke dahi isterinya. Tanda dia menghargai apa saja yang dirancang oleh Bella malam ini.
​“Abang tak sangka sayang buat semua ni untuk kita. Thanks a lot.” Faid mengucup pula pipi mulus itu. Haruman tubuh isterinya berbeza malam ini. Lebih kuat dan menggoda. Mungkin satu lagi perubahan melalui tips rumahtangga yang dikongsi oleh jiran di depan rumah mereka.
​“Sayang, abang on lampu ya?” Setelah menjarakkan sedikit tubuh, Faid merenung wajah Bella dalam kesamaran. Dielus lembut pipi wanita kesayangannya itu. Namun tanpa menjawab, Bella sekadar menggelengkan kepala. Dia boleh nampak senyuman manja di bibir isterinya. Dan ketika Bella bergerak ke meja untuk memasang lilin, dia hanya memerhati dengan riak ceria. Teruja dengan permainan Bella yang penuh misteri.
​Bunyi dentingan mesej di telefon bimbit mengalihkan perhatian Faid. Tangan segera mengeluarkan telefon tersebut dari kocek seluar. Namun belum sempat dia memeriksa kandungan mesej yang diterima, Bella terlebih dulu merampas telefon bimbitnya. Jari telunjuk dan gerak bibir isterinya menunjuk isyarat ‘no phone tonight’.
Faid tertawa kecil. Semakin berdebar-debar dada dengan keberanian tingkahlaku Bella. Dan ketika dia diiring untuk duduk di meja makan, dia hanya tersenyum senang. Terlalu gembira dan bahagia dengan pengalaman baru begini.


****************************************************************

Anak mata masih merenung kosong ke dada skrin telefon bimbit yang sepi. Dia membaca semula mesej terakhir yang dikirim kepada Faid lima minit yang lalu. Mesej yang entah kali ke berapa dihantar sejak dia tiba di sini petang tadi.

Abang dekat mana? Dah dekat pukul lapan malam ni. Bella dah lama check in dalam bilik yang abang booked. Please reply, jangan buat Bella risau.

Beberapa minit berlalu, keadaan masih sama. Kenapa mesej dia tak berbalas lagi? Selalunya pantang dia hantar mesej, laju saja Faid membalas. Sesibuk mana pun lelaki itu, Faid sentiasa mencari peluang untuk mengirim mesejnya. Faid tak mahu dia runsing atau risau. Tapi kenapa sekarang lain pula?
Aduhai, hati mula tak sedap ni. Macam mana kalau ada sesuatu yang buruk berlaku kepada suaminya? Nauzubillah, tak sanggup dia nak bayangkan. Bimbang ada perkara tak elok berlaku, Bella mencapai tas tangan di atas meja. Kemudian dia bergegas keluar dari bilik menuju ke reception counter di ground floor. Kalau kebetulan Faid sampai ketika dia tak ada, boleh juga dia tinggalkan pesanan kepada staf di situ.
“Cik, I nak clarify something boleh tak?” Bella bertanya kepada seorang gadis yang bertugas di kaunter tersebut. Dengan muka manis gadis tinggi lampai itu menganggukkan kepala kepadanya. Senyuman mesra turut dipamer.
“Boleh puan. Puan nak clarify apa tu?”
“Actually I just nak tahu pukul berapa husband I datang booked bilik tadi.”
“Oh, sebentar ya. Bilik puan nombor berapa?”
“Bilik 312.” Balas Bella tanpa ragu. Sambil menunggu staf hotel itu memeriksa maklumat yang dipinta, matanya melilau ke sekeliling kawasan lobby. Berharap benar agar Faid muncul dengan selamat di depannya. Sesekali bibir diketap rapat dengan muka berkerut. Risau!
“Puan.”
Panggilan itu membuatkan kepala Bella pantas terpaling semula ke kaunter pendaftaran. “Yes? Anything?”
“Boleh saya dapatkan nama husband puan?”
“Faid bin Ahfan.”
“Hmm, puan pasti ke husband puan yang tempah bilik tu? Sebab dalam rekod kami, nama orang lain.”
Kening Bella berkerut kehairanan. Dia memang tak pasti pula kalau Faid ada menyuruh rakan sepejabat yang menempah bilik mereka. Manalah tahu kalau-kalau Faid tak sempat datang ke sini. Tapi tak mungkin pula kerana suaminya boleh saja membuat tempahan melalui online. Tak payah susah-susah nak guna nama orang lain.
“Boleh I tahu atas nama siapa reservation bilik tu?”
“Sekejap ya puan.” Gadis itu tunduk sedikit untuk melihat skrin komputer. “Bilik 312 tu didaftar atas nama Cik Amalina binti Ibrahim.”
Amalina? Mata Bella terbeliak luas. Amalina menempah bilik ini untuk dia dan Faid? Tapi kenapa? Otak ligat berfikir mencari logik dan alasan untuk perbuatan kakak kembarnya itu. Nafas mula terasa sesak di dada. Sebab dia masih ingat perbualannya dengan Amalina tengahari tadi. Memang Amalina tak ada memberitahu langsung tentang tempahan bilik di hotel ini. Siap boleh tanya dia nak keluar pergi mana lagi. Macam tak tahu apa-apa.
“Err, boleh you double check tak? Memang bukan nama husband I ke?”
“Memang bukan puan. Dekat sini memang ada rekod yang Cik Amalina sendiri datang pagi tadi untuk tempah bilik tu.”
Bibir Bella tak mampu lagi mengukir senyuman. Kejung. Dia tak faham apa tujuan Amalina melakukan semua ini. Dan kalau sekarang dia dekat sini, di mana pula Faid dan Amalina? Dan saat terfikirkan sesuatu, darah hangat terasa menyerbu laju ke muka.
Ah, sudah!

Random Teaser Love, Unlikely


Malas betul nak bukak FB sekarang ni. Kalau takde iklan kuruskan badan tak sah, lepas tu dengan iklan nak bagi kencang tulah, ketat inilah... Hesy! Menyampah betul... Aku nak bersosial pun tak senang...” dengus Timah sendirian.

Timah menekan mata kekunci anak panah untuk skrol ke bawah. Wajahnya berubah ceria melihat Qistina baru memuat naik gambar Adam yang didukung oleh papanya, Ian Iskandar, sedang mencium pipi adik kembarnya, Farhana, juga dalam dukungan Ian Iskandar. Pantas kekunci ditekan. Meninggalkan komen seolah-olah Adam boleh membacanya...

“Where’s my kiss, Adam?” - Timah

Selang beberapa saat, Qistina membalas bagi pihak Adam.

“Come here and get it, Achik Tim...” - Qistina

Timah tersenyum. Bahagia dia melihat kesempurnaan kehidupan Qistina bersama suami dan anak-anak. Kadang-kadang terdetik rasa sayu di hati kerana diri tidak sebertuah Qistina. Pada usia dua puluh lima tahun, Qistina sudah mempunyai sepasang anak kembar. Dia yang sudah berusia dua puluh enam tahun, teman istimewa pun tiada...

‘Eh, ada orang nak add aku? Siapa ni?’ Timah klik di ikon ‘Friend Request’. ‘Hah? Muhammad Amin? Apasal dia nak add aku pulak?’

Timah berkira-kira hendak menekan ikon ‘Accept’. Akhirnya dia menekan jua... Staf Crux Prima Sdn Bhd yang lain pun sudah menjadi rakannya di alam maya. Mengapa bukan Amin?

Laju sahaja Amin menghantar mesej ke wallnya.

“Terima kasih sudi add saya... J” - Amin

“Sama-sama, Encik Amin...” - Timah

“Eh, kita bukan kat ofis. Tak payah berencik-encik... J” - Amin

Errrrk??? Apakah??

Timah memilih untuk tidak membalas komen terakhir daripada Encik Amin itu. Biarlah...

Timah meninjau gambar-gambar yang dimuat naik oleh kawan-kawan yang lain. Gambar ayam dua ketul KFC yang dimuat naik oleh Zety membuat dia teringin untuk mengomen.

“Makan KFC je malam ni?” - Timah

“KFC je kak... Zety tak pandai masak macam akak. Huhu... L” – Zety

“Kesiannya dia... huhuhu...” – Timah

“Cik Timah kita pandai masak ya?” – Amin

Eh? Apasal tiba-tiba masuk line pulak ni? Hmmm... rupa-rupanya Amin sudah berkawan dengan Zety di alam Facebook...

“Kak Tim memang pandai masak! Marbeles...” – Zety

“Melampau kau ni dik...” – Timah

“Hahahaha... J J J” – Zety

Timah menggelengkan kepala lalu mendaftar keluar dari Facebook. Malas melayan berlebih-lebihan. Cukuplah ala kadar. Tidak mahu terlampau leka dengan dunia maya. Notebook kembali diletakkan ke atas meja kopi di hadapan. Mata kembali melihat perlawanan antara pemain beregu lelaki daripada Korea Selatan dengan pasukan dari England.

Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berdeting. Tanda mesej masuk daripada Facebook Messenger. Telefon bimbit di sebelah kanan dicapai. Terbeliak biji matanya. ‘Eh, apasal dia PM aku ni?’

“Cik Tim masak apa malam ni?” - Amin

Hmmm... dia kata jangan panggil dia ‘encik’, tapi dia masih panggil aku ‘cik’.

“Bihun sup...” – Timah

“Sedapnya...” – Amin

Hati Timah kian berasa tidak selesa. Dengan staf lain dia tidak berasa seperti ini kerana tiada seorang pun yang bermesej secara peribadi dengannya begini. Semuanya secara terang-terangan. Jadi dia memilih untuk tidak membalas.

Timah kembali meletakkan telefon. Ting!

Timah mengeluh... telefon dicapai semula.

“Harap suatu hari saya dapat merasa bihun sup buatan tangan Cik Timah...” – Amin

Apa nak jawab ni? Kalau jawab okey, nanti dia ingat aku melayan pulak. Nanti dia tuntut betul-betul, aku jugak yang susah... Sudahnya hanya ikon smiley yang dibalas. Cukup.

Amin keliru dengan ikon smiley yang diterimanya. Apa maksud dia?

Daripada pemerhatiannya, Timah bukanlah gadis yang suka melayan secara meleret dalam setiap komen yang dimuat naik. Selepas ‘menyelongkar’ wall Timah sebaik sahaja permintaan Friend Request diterima oleh gadis itu tadi, Amin teruja ingin melihat semua posting yang dibuat oleh gadis itu. Gambar yang dimuat naik turut diintai.

Timah binti Muhammad Atan, 26 tahun. Single.

Nama yang begitu ringkas. Tak perlu sampai dua-tiga nama dan panjang berjela-jela. Tapi Timah? Begitu klasik!

Amin tidak suka dengan perasaan yang sedang melanda jiwanya. Kenapa dia seakan berminat ingin mengenali gadis itu? Padahal, Timah memang bukan cita rasanya. Ya, dia mengaku. Dia lelaki yang memandang pada luaran dulu, baru yang lain. Logiklah begitu kan? Matanya yang akan memandang sehingga ke akhir hayat. Takkan nak memilih seseorang yang sakit mata memandang?

Pelik betul aku ni. Jadi pengintip tak bertauliah pulak malam ni. Mungkin aku jadi macam ni sebab aku rasa bersalah terhadapnya. Mungkin aku takkan sibuk nak tahu hal dia kalau aku dah mintak maaf? Mungkin...


Harga rm35

Postage: rm8 sm / rm12 ss
berminat boleh order terus disini :


~ Bonde Senyum Riang ~

TAKE NOTE SEMUA!

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua...

Salam Jumaat yang barakah, rehat lama tak tahu nak type apa kat blog ni... ting! datang idea nak kongsikan perkara-perkara dibawah...

Sama-samalah kita take note, untuk diri sendiri dan family juga!



LAPAN JENIS MAKANAN YANG PALING BAIK MENCEGAH PENYAKIT 


1) Delima

‎2) Yogurt

‎3) Bawang putih


4) Bawang besar


5) Teh hijau


6) Oat


‎7) Labu


8) Brokoli

TIGA PERKARA MEMBAWA PENYAKIT 

‎1) Banyak bercakap

‎2) Banyak tidur


‎3) Banyak makan

EMPAT PERKARA MEROSAKAN BADAN 

‎1) Dukacita

2) Sedih

‎3) Kebulur


‎4) Tak tidur malam

EMPAT PERKARA MENAMBAH SERI WAJAH

‎1) Taqwa 

‎2) Jujur


‎3) Pemurah


‎4) Jaga kehormatan

EMPAT PERKARA YANG MENARIK REZEKI

‎1) Qiamulail

‎2) Banyak Istighfar Waktu 2/3 malam


‎3) Biasa Bersedeqah


‎4) Berzikir waktu awal pagi dan petang


Jom share!



~Bonde Senyum Riang~

TRIP SNORKELING PULAU KAPAS PART 3

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Petang....


Hai reader semua....

Hari ni adalah hari ke 2 Bonde di Pulau Kapas...

Mengikut Jadual hari ke2.... adalah seperti :

Tour Itinerary TRIP SNORKELING PULAU KAPAS

Day 2: Pulau Kapas (B/L/D)

  • Breakfast at resort
  • Then, free activities at your own leisure (Naik boat ke taman laut part 1)
  • Lunch at resort
  • Then, free activities at your own leisure (Naik boat ke taman laut part 2)
  • Overnight at resort

TRIP SNORKELING PULAU KAPAS PART 2



Selepas sarapan pagi... Kami bersiap-siap untuk ke Taman Laut untuk aktiviti Snorkeling.
























Sekejap jer dapat menikmati keindahan dalam laut ni... lepas tu hujan pun turun dengan lebatnya... arus dan ombak menolak ke tepi jadi Bonde cepat-cepat naik ke atas boat.





Banyak landak laut kat bawah tu....












Dah Hujan....






Jam 12.00 balik semula ke resort untuk makan tengahari dan berkumpul kembali pada jam 3.00 petang untuk trip snorkeling dekat taman laut. Ok semua sudah naik ke belum? jom balik....makan...

Jumpa... Next entri....

Anda Boleh ikuti....


Pakej menarik : www.amitravel.my



~ Bonde Senyum Riang ~

LELAKI KIRIMAN TUHAN KARYA UMIE NADZIMAH

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Petang....



Seperti yang dijanjikan.... disini... Bonde nak share Novel keluaran PBKL 2017, Novel Kelima karya Penulis : UMIE NADZIMAH, bertajuk : LELAKI KIRIMAN TUHAN Terbitan KARYASENI.


DUA jam berlalu. Naira relaks-relaks sahaja. Dia mula menumpukan perhatian pada rutin tugas hariannya. Memastikan perkhidmatan dan layanan pekerja-pekerja di Resort Abah ini berjalan dengan baik. 

Dia membuat pemerhatian di segenap sudut resort. Ini sahajalah harta peninggalan abahnya yang mendatangkan hasil. Dia harus pastikan resort ini terus maju. 

“Cik Naira! Cik Naira!” Naira dalam perjalanan menuju ke Kafe Nyaman pabila terdengar namanya dipanggil. Dia berhenti dan menoleh ke belakang. “Ada apa Sarah?” Tanyanya pada pekerja yang bertugas di bahagian receptionist pagi ini. Sarah kelihatan tercungap-cungap berlari mengejar Naira. “Guest bilik 308 tu…” Ujar Sarah. Allah… nombor bilik orang serabut tu. Matilanak aku. Gumam Naira dalam hati. “Kenapa dengan guest tu?” Wajah Naira penuh tanda tanya. “Dia mengamuk sakan!” “Apa yang dia nak?” Soal Naira , tegas . Saspen sangat dah . “Nak Cik Naira. Dengan kita orang semua dia tak nak deal. Dia jerit-jerit nak dengan Cik Naira juga.” Jawab Sarah teragak-agak. Sikit takut. Pertama dia memang takut tetamu bilik 308 tu. Bahasanya tajam bebenar. Kedua, sebab Cik Naira ni boleh tahan garangnya. Tak kena gaya dan mood Cik Naira… boleh terpelanting dia nanti kena jerit. Naira tak kata apa-apa dah pada pekerjanya. Langkah diatur laju ke kaunter resepsi. Telefon di atas meja terus dicapai dan dia tekan nombor bilik lelaki tersebut. Cepat sahaja panggilannya disambut. Tak sampai beberapa saat. Bermakna lelaki itu memang sedang menunggu.  Apa lagi hal nya ni? Barang sudah dipulangkan dengan jujurnya. Satu sen pun tak luak. Apa lagi yang dia tak puas hati? Atau dia nak buat helah , mana tahu boleh dapat lagi seribu dua ribu. Kalau dasar penyangak dan jahat tu, memang akan terus jahat, hatinya akan terus jadi hitam! “Helo… encik perlukan bantuan apa-apa ?” Sapa Naira serius , dalam satu nafas. Tak buang masa dah. Straight to the point. “Saya dah kata , tak nak cakap dengan siapa-siapa melainkan dengan perempuan yang bernama Naira tu.”  

Tegas , serius dan satu nafas juga Naira dengar jawapan dari manusia semak di sebelah sana. Kemain ya berlagak. “Naira speaking!” “Hah ada pun… berjam-jam saya tunggu. Ingatkan dah nak lesap!” Tempelak Iqbal Raid sinis. “ Maksud encik? Saya tak faham!” Naira dah mula panas hati. “Awak curi barang saya!” “Jangan tuduh sebarangan tanpa bukti encik!” Naira menafikan. Seharusnya la kan. Dia memang tak buat, memang tak ambil apa-apa pun. “Siapa kata saya tak ada bukti. Ingat saya ni buta ke? Mengaku sajalah yang awak dah ambil barang saya!” “Encik jangan nak tipu saya! Kalau saya tak buat kenapa saya mesti mengaku? Saya ni bukan heroin sadis dalam drama melayu yang nak menanggung kesalahan hero yang saya tak buat!” Nada suara Naira semain meninggi. Selari dengan tahap kemarahannya yang semakin meningkat. Jeda seketika. Reaksi Naira tidak disambut pantas oleh Si Semak di atas sana. Agaknya dia tengah menghadam kata-kata yang dilontar Naira. Habis heroin drama melayu diheret masuk sekali dalam pertengkaran ini. “Hurm … heroin drama melayu memang klise…. tambah-tambah yang waktu maghrib tu...saya pun fed up .

Tapi awak lain, selamba ambil barang orang yang tak kenal...” “Heh…saya tak ambil lah . Tak hingin saya ambil duit tak halal!” Tengking Naira kuat. Pucat muka Sarah dan seorang lagi rakannya yang berada di hadapan bos mereka. Kecut beb…  Naira lupa sudah polisi hotel yang selalu dia tekankan pada pekerjanya. Pelanggan hotel tu raja, jadi kena layan dengan baik, lemah lembut dan sopan-santun. Kali ini kesabaran Naira benar-benar tercabar, hingga dia sendiri break the rules. Pantang sungguh bila orang menuduh dia menjadi pencuri. Walaupun pada asalnya dia ada niat juga.  Lihatlah… kalau kita ada niat jahat, walaupun sekadar niat yang tak jadi buat, tetap dikurniakan pengajarannya. Maka inilah pengajaran untuk dia kali ini.

Lain kali jangan cuba-cuba untuk berniat serong atau jahat. “Awak ambil barang saya!” “Saya tak ambil!” “Awak ambil!” “Heh… pergi meninggal lah kalau tak percaya!” Pap!  Naira hempas gagang telefon ke tempatnya. “Tak faham bahasa punya manusia, sesuka hati nak menuduh orang macam-macam…” Rungut Naira sendirian. Dia menghayun langkah pergi dari situ. Sarah dan rakan sekerjanya, Tina saling berpandangan dan masing-masing mengangkat bahu. “Baru kena buku dengan ruas…”Bisik Sarah. “Tulaah… cengei sangat dengan kita. Sekali Tuhan balas la dekat dia.” Bisik Tina balik. “Kannn …” Kedua-duanya gelak-gelak . Hilang sudah kecut perut sebab bos dah pergi dari situ. Malangnya , sekejap cuma kegembiraan mereka, sebab selepas itu berdering-dering telefon dari lelaki yang sama. Dia nak juga bercakap dengan Cik Naira . Tidak ada toleransi dah. “Awak pergi cari bos awak sekarang sekarang! Saya tak nak cakap dengan awak, suara tak sedap! Kejap lagi saya call balik! Jika tak ada dia saya turun mengamuk di bawah . Awak nak ke?”  Ugut lelaki itu pada Sarah. Gagang telefon diletak sebelum Sarah beri alasan apa-apa. Cemberut muka Sarah. Hilang sudah gelak ketawanya sebentar tadi. “Wei… dia nak cakap dengan Cik Nam tu jugak-jugak… macam mana ni Tina?” “Hang pergilah cari bos lagi!” Suruh Tina. “Apa pula aku… kaulah pulak. Tadi aku dah pi panggil bos dah!” “Aku?” Mata Tina sudah terbelalak. “Aku tak berapa berani sangat. Hang lagi lama kerja sini… aku baru lagi…Ketaq aku!”  Telefon berbunyi lagi. Sarah angkat. “Ada? Saya bagi beberapa minit lagi….jika tak ada ada jugak bos awak, saya turun pakai spender menari tiger kat depan kaunter . Saya tak malu… tapi saya tau awaklah yang akan malu!” Pap! Gagang diletak.  

Sarah garu-garu kepalanya. “Gila la orang ni... Ada ke dia nak turun sini pakai spender aje… takut aku weh!” “Isk… jom la kita cari bos! Tak lalu aku tengok orang jantan pakai seluar seluaq kecik berlegar kat sini. Tersemboi semacam had depan tu. Kalau Mat Saleh …orang putih takpa la, putih… ni had yang macam belakang kuali nak tayang! Geli aku! ” Tina buat badan gaya geli geleman. “Tulah… aku pun tak lalu nak tengok wayang macam tu . Tapi nak cari mampus pergi berdua? Kaunter ni mana boleh tinggal! Bukan tak tau Cik Nam yang cengei tu, kalau dia nampak sini tak berorang , mengamuk sakan la dia… ” Balas Sarah. “Hmm….” Dua-dua gadis menoleh. Cik Naira sudah tercegat di hadapan mereka. “Riuh mensyuarat? Dah tak ada kerja nak buat?” Tegur Naira ,masam. “Ad…ada Cik Naira. Guest tu asyik ugut kami kalau Cik Naira tak call dia balik, dia nak buat tiger show depan ni. Bogel… eh bukan , pakai tutup kain macam tarzan tu ajer … !” Adu Sarah takut-takut, tapi boleh lagi nokok nambah cerita.  Naira merengus dengar. Geram. Gagang telefon lalu dicapai semula. “Helo… awak nak apa sebenarnya?” Tanya dia lantang setelah gagang sebelah sana diangkat. “Boleh awak naik bilik saya sekarang? Kita bincang!” “Awak jamin tak apa-apakan saya?” Tanya Naira tegas. “ Kalau awak tak datang… saya akan apa-apakan awak. Kalau datang… awak akan selamat!” Lelaki tu kasi kata dua. “Huh… saya naik! ” Naira membuat keputusan. “Good. Saya tunggu!” “Cepatlah awak meninggal… Menyusahkan sungguh!” “Tak boleh meninggal selagi tak jumpa awak, settlekan hutang.
Lepas tu boleh la saya pejamkan mata dengan aman!” “Huh!” Naira merengus. 

“Now! Naik sekarang! Kalau tak saya tiger show di bawah, dengan spender merah ang ang.” “Like I care?” “You have to …. Sebab pasangan dance saya tentunya awak!” “Awak jangan macam-macam! Saya buat police report !” “Saya tak kesah masuk lokap… yang penting saya dah tiger dance dengan awak…. Now!” “Gila!” “Now!” Lelaki semak memutuskan talian terlebih dahulu. Naira mengeluh. Dia pandang pada Sarah yang pemerhati sejak tadi. “Kasi saya gunting dalam laci tu Sarah.” Sarah akur. “Err… Cik Naira nak naik ke?” Teragak-agak Sarah tanya. “Iyalah. Selagi saya tak selesaikan dengan dia… selagi itulah dia melarat-larat merapu.” Balas Naira sambil masukkan gunting sederhana besar ke dalam kocek jaket luarnya. “Cik Naira tak takut ke? Saya temankan?” “Tak apalah Sarah. Biar saya selesaikan sendiri. Awak buatlah kerja awak di bawah ni. Lagipun saya tak nak libatkan awak dengan orang yang merbahaya. Kasihan emak bapak awak kalau jadi apa-apa.” “Tapi Cik Naira yang dalam bahaya, takkan saya nak biarkan…” “Tak apa Sarah…saya dah biasa jumpa orang macam ni…” Sebaik saja berhenti cakap ,Naira terus hentak-hentak kakinya menuju tangga. Terkebil-kebil Sarah dan Tina . “Beraninya Cik Naira tu ya…” Komen Tina.  Sarah sekadar mengangguk perlahan. Bimbang juga dia. Segarang-garang Cik Naira, dalam hatinya penuh kasih sayang pada setiap kaki tangannya. Secara zahirnya ,ramai pekerja suka mengumpat Cik Naira, namun Sarah tahu hampir kesemuanya mengharap rezeki hidup di resort Cik Naira. Dan tanpa Cik Naira yang tegas dan garang itu…tak mungkin tempat ini akan maju. Garang Cik Naira , bukan sebarang garang, garang bersebab!




LELAKI KIRIMAN TUHAN





Harga : RM 22.00 (SM) // RM 25.00 (SS)







Penulis : Umie Nadzimah






Terbitan : Penerbitan Karyaseni

~ Bonde Senyum Riang ~

DR. ALPHA MALE NOVEL MELETOP DI BOOTH KARYASENI

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Malam....

Hai reader semua...

Akhirnya buat kali pertama berjumpa dengan Penulis bernama Anjell... PBAKL 2017 kali ini Anjell hadir bersama novel terbaharunya  Dr. Alpha Male.

Pagi ni sedih sangat novel Anjell habis stok. Sedihnyalah tak dapat... Sebab ada yang kirim novel tu hu hu hu... dan Bonde pon nak satu untuk koleksi Bonde :)

Lepas tu Bonde tanya dekat staff yang jaga dekat situ... Dia ceritalah Novel tu memang dah habis semalam ahad 30 April dah habis 400 naskah.  pagi ni dah habis 1000 naskah... amboi lakukeras novel ni.  Bonde cakap dengan dia... kesian saya dari jauh... tapi novel dah habis... sedihnya...

Lepas tu, dia cakap nanti saya tengok stok penulis ada tak? dia ambik yang atas meja Anjell bagi dekat Bonde... (kesian agaknya tengok Bonde) hi hi hi lepas tu dia cakap nanti stok masuk jam 12.00 kene tunggu... tengok yang menunggu ramai giler... sebab nak beli 1 naskah lagi untuk kawan hi hi hi.  Jadi Bonde beratur bayar yang dapat dululah...

DR. ALPHA MALE







DR. ALPHA MALE BONDE DAN ANJELL

DR ALPHA MALE

SINOPSIS DR. ALPHA MALE


Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

“Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” – HILMAN UKASYAH 

Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

“Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.” – HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

“Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?” – TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya… Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.

Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan… Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya…

“I’ll do my best to protect you. Anything. I’ll even be taking a bullet for you.” – HILMAN UKASYAH

Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?


Anda yang belum follow blog Anjell pergilah buat terjahan disana.... Yang masih belum baca Novel DR. ALPHA MALE boleh baca dibawah bonde ada share...

DR. ALPHA MALE BAB 1-5 

[1][2] [3] [4][5] (Bab untuk bakar anda ha ha ha jahatkan Bonde)...

Nanti anda belilah naskah akan mula jual di pasaran mulai bulan Jun hi hi hi

~ Bonde Senyum Riang ~

KISAH LELAKI KIRIMAN TUHAN DI PBAKL 2017

$
0
0
Assalamulaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua,

Apa khabar anda semua.... berakhirlah sudah kisah... PBAKL 2017 tahun ini semalam pada 7 Mei 2017.  Hingga berjumpa lagi pada PBAKL yang akan datang... 

Kali ini, Bonde seorang diri terjah ke PBAKL pada hari pertama Bonde terjah adalah pada 1 Mei 2017 (Isnin) cuti umum hari pekerja... memang ramai sekali... masa naik ktm komuter dari Nilai lagi dah berdiri (sakit pinggang) sampai ke BTS Bonde turun naik LRT pulak... sebab nak turun betul-betul depan PWTC, Alhamdulillah masa dalam LRT dapat duduk ( kurang sakit pinggang).

First sampai di PBAKL di PWTC tempat dituju adalah tandas he he he... Biasanya akan begitu awal pagi tak ramai sangat jadi kene buang apa yang patut.

Bonde dah rancang... baik punya plan datang hari ni nak beli novel dan jumpa Penulis kesayangan.

Booth pertama akan ke Karyaseni, sebab dekat sini ada Sesi Kak Umie Nadzimah, Sara Aisha dan Anjell.  (kisah novel Anjell  Dr. Alpha Male)

Lepas bayar tu... dekat meja penulis ada soal jawab bersama penulis... dapat hadiah hamper...

Bonde yang beratur agak dibelakang terus angkat dan jawab...

Soalan kacang jer... dari Kak Umie, dah Bonde jawab... dapatlah... hamper tu jadi milik Bonde...

Soalan yang Kak Umie tanya ialah....

Soalan pertama :

Tajuk novel sebelum novel terbaharunya, Lelaki kiriman tuhan... ????

Jawapan Bonde... Si Baju Kurung, Kasut Kanvas. (Alhamdulillah betul)

Soalan kedua :

Apa yang ada dalam cover novel Lelaki kiriman tuhan... ????

Bonde jawab Burung... apa burung? burung icon twitter (Alhamdulillah betul)

Hi hi hi dalam beratur panjang tu dapat terus minta sain terus dekat kak Umie hi hi hi dengan pantas.... (Alhamdulillah syukur)

DAPAT HAMPER DIBOOTH KARYASENI



Terima kasih Karyaseni...


LELAKI KIRIMAN TUHAN



Lelaki Kiriman Tuhan , Kak Umie dan  Bonde :)

Anda jangan lupa dapatkan novel Kak Umie tau, bagi yang nak dapatkan sinopsis LKT baca disini.

~ Bonde Senyum Riang ~

ONLINE SHOPPING DI SHOPEE.COM.MY 5 PERKARA MENARIK BONDE KONGSIKAN!

$
0
0
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai Reader semua,

Apa khabar semua, Bonde sejak semalam memang tak boleh move on dengan satu page ni... hadoi... lepas satu, satu nak selak.. Banyak barangan menarik dan murah Bonde temui di situ.

Jadi tak salah Bonde nak share dengan anda semua... Biarlah kita semua alah membeli, menang memakai betul tak? maksudnya... Beli dengan harga yang murah, tapi kualiti sama dengan barangan original dan berjenama.


Pernah dengar web shoping online, shopee, kalau tak pernah dengar, Bonde perkenalkan laman web shopee.com.my.  Apa yang menarik yang Bonde suka sekali dengan Shopee ni adalah :



Yang paling Bonde gembira adalah.....
Selalunya tengok baju-baju dekat shopping online, Bonde jadi sedih sebab semua baju yang dipamirkan selalunya saiz yang ada free size, s,m,l dan xl sahaja... Tapi bebeza di Shopee Bonde jumpa baju kurung plus size.  Bestnya, siapa yang saiz comel macam Bonde boleh juga shopping online macam mereka yang kurus tu... he he he

Untuk Bonde dah aim nak beli baju kurung dengan palazo memang plus size... hu hu hu sesuai sangat dengan harga yang murah dan cantik.

Klik untuk ke web : Baju Kurung 1 




Klik untuk ke web : Baju Palazo 2  




Untuk Kanda Bonde pun ada nak belikan Baju Melayu ni, nampak menarik sangat dan harga pun boleh tahan murah untuk sepasang Baju Melayu RM 149.00 sahaja ok sangat harga tu rasanya.

Klik untuk ke web : Baju Melayu 1


Untuk Fatin pula, Bonde cadang nak beli dress ni, harga dia sangat murah untuk sepasang dress hanya RM 29.00 memang wow sangat, tengok dress tu memang cantik sangat.

Klik untuk ke web : Dress



Kasut ni Bonde nakbeli memang suka sangat warna dan trend terkini... harga sangat murah! RM 43.70 sahaja.

Klik untuk ke web : Kasut


Permainan Spinner ni tengah viral Bonde pon nak beli jugak tengok harga dipasaran ada murah ada mahal,  tapi dekat shopee memang sangat murah. boleh beli lebih dari satu.  serendah RM 4.80 hu hu hu

Klik untuk ke web : Spinner Fidget



Info untuk anda semua, mulai 15hb Mei sehingga 30 Jun 2017 akan sale di shopee.com.my tau jadi anda jangan lepaskan peluang untuk membeli belah, sebab tak perlu bersesak dekat shoppingmall tu... duduk depan pc dan pilih, pilih apa sahaja... yang penting dalam akaun ada RM untuk buat bayaran nanti...



shopee

home_popup_banner



~ Bonde Senyum Riang ~

LIRIK LAGU TERGANTUNG SEPI - HAQIEM RUSLI

$
0
0

LIRIK LAGU TERGANTUNG SEPI
HAQIEM RUSLI

LIRIK LAGU TERGANTUNG SEPI - HAQIEM RUSLI

Cukup Disini perjalanan kita
Menghukum Diri mendera hati ini
Terhimpit Dengan suasana


Berat Rasanya sukar diluahkan
Bernafas Ragu menghembus pilu
Perasaan Ini tergantung sepi


Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun Terputus jua


Berat Rasanya sukar diluahkan
Bernafas Ragu menghembus pilu
Perasaan Ini tergantung sepi


Dibiarkan Begitu saja
Terikat Namun tak bertali
Mencuba Menyimpulkan mati
Namun Terputus jua


Disiksa Hati yang menagih
Harapan Kasih yang menjauh
Terpisah Dalam kekalutan
Jiwa Yang digantung sepi


Dibiarkan Begitu saja
Terikat Namun tak bertali
Mencuba Menyimpulkan mati
Namun Terputus jua


Mencuba Mencuba menyimpulkan mati
Dibiarkan Begitu saja
Terikat Namun tak bertali
Mencuba Menyimpulkan mati
Namun Terputus jua


Disiksa Hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi

~ Bonde Senyum Riang ~
Viewing all 2182 articles
Browse latest View live